Sesetengah orang mengambil masa yang amat lama untuk memilih pakaian di dalam almari. Kadang-kala, sudah lah lambat nak ke tempat kerja, bangun lewat, baju yang ingin dicari  pula tidak ditemui.

Kesannya, habis bersepah semua baju dan anda juga tidak mempunyai masa untuk mengemasnya pada malam hari ataupun hari minggu.

Oleh itu, Team Deenamik kali ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tip ideal untuk menyusun pakaian di dalam almari anda.

#1. Susun berdasarkan kategori

pakaian

Cara paling mudah untuk menjadikan almari pakaian anda lebih rapi dan tersusun adalah dengan menyusunnya mengikut kategori masing-masing.

Contohnya, kemeja, t-shirt, seluar slack, seluar sukan, tudung dan sebagainya haruslah diletakkan di ruangan yang berbeza untuk memudahkan proses pemilihan baju.

#2. Susun mengikut tona warna yang sama

pakaian

Jika anda perasan, selalunya kedai menjual pakaian yang akan menggunakan cara ini.

Menyusun baju yang dijual mengikut jenis warna yang berbeza akan membuatkan mata pelanggan tertarik kearah situ dan juga memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.

BACA JUGA :   Anda Boleh Tampil Bergaya Walaupun Melakukan Aktiviti Beriadah

Penyusunan mengikut tona warna yang sama bukan sahaja kelihatan cantik apabila dipandang, tetapi juga memudahkan anda membuat ‘mix and match‘.

#3. Susun mengikut keutamaan dan kekerapan pemakaian

pakaian

Apabila sudah penat susun baju cantik-cantik, pasti akan bersepah semula jika baju yang anda kerap pakai berada di bawah ataupun di tempat yang sukar untuk diambil.

Oleh itu, cuba susun baju yang anda tidak kerap pakai di bawah, kemudian barulah pakaian yang anda kerap pakai di atasnya.

#4. Susun dengan cara menggulung

pakaian

Jika almari anda memiliki laci yang banyak, jangan khuatir jika tidak dapat menggantung baju-baju anda.

Lipat pakaian anda dalam bentuk gulungan kemudian masukkan ke dalam laci-laci tersebut. Ia bukan sahaja dapat memudahkan anda mencari baju yang hendak dipakai tetapi juga dapat menjimatkan ruang yang sangat banyak.

BACA JUGA :   Anda Boleh Tampil Bergaya Walaupun Melakukan Aktiviti Beriadah

Namun ingat, lipatan baju secara gulungan ini agak kurang sesuai untuk pakaian yang agak tebal.

#5. Susun menggunakan warna penyangkut baju yang berbeza

pakaian

Kami sarankan anda menggunakan penyangkut baju dengan warna yang berbeza untuk memudahkan anda memilih pakaian.

Sebagai contoh, penyangkut merah untuk baju ke pejabat, penyangkut hitam untuk baju harian di rumah, penyangkut biru untuk seluar ke pejabat dan sebagainya. Jadi, anda hanya perlu fokus terhadap warna penyangkut baju anda ketika hendak memilih pakaian.

Semoga tip-tip di atas sedikit banyak dapat membantu menjadikan almari anda lebih tersusun sekaligus memudahkan anda membuat pemilihan baju untuk dipakai. Jadi lepas ni, dah tiada lah termenung-menung lagi ya di depan almari baju anda.

pakaian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here