Setelah melonjak ke tangga ketiga tertinggi dalam carta Box Office Malaysia, filem Munafik bakal muncul dengan sekuel seterusnya bertajuk Munafik 2 yang akan mula ditayangkan 30 Ogos 2018.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof di laman twitter miliknya.

Lebih menarik, sekuel Munafik 2 ini bakal menampilkan barisan pelakon-pelakon baru yang cukup terkenal. Antaranya adalah aktres jelita Maya Karin dan juga pelakon yang terkenal dengan watak Tok Adi iaitu Nasir Bilal Khan.
Beberapa nama lain juga turut membintangi filem ini seperti Mawi, Fizz Fairuz dan juga Datuk Rahim Razali.

Filem Munafik 1 yang ditayangkan pada Februari 2016 mengisahkan tentang konsep manusia yang berpura-pura Islam tetapi sebenarnya mempunyai agenda jahat untuk meruntuhkan agama Islam itu sendiri.
Lebih menarik, ada juga diselitkan babak-babak seram tentang dunia mistik yang pasti membuat para penonton naik bulu roma.
Adakah Munafik 2 nanti bakal mempersembahkan penceritaan yang lebih mendebarkan ? Jom sama-sama kita tunggu dan lihat. Sedikit pesanan dari kami, jangan lupa tonton Munafik 2 di pawagam dan cegah lah budaya cetak rompak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels