Pemain Tengah Manchester City, David Silva telah mengesahkan bahawa beliau akan bersara dari bola sepak antarabangsa.

Kenyataan ini dibuat menerusi akaun Twitter miliknya. Silva mula mengikut jejak langkah rakan sepasukannya Gerard Pique dan Andres Pique yang juga dikatakan telah bersara.

silva
Silva sah umum persaraannya dalam dunia bola sepak

“Ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Saya telah mempertimbangkan hal ini dalam satu tempoh masa yang agak lama dan kali ini saya benar-benar tekad dengan keputusan ini”.

Siapa sangka, pemain hebat berumur 32 tahun itu telah berjaya menjaringkan sebanyak 35 gol daripada 125 perlawanan antarabangsa.

silva
Berjaya menjaringkan sepanyak 35 gol merupakan antara pencapaian terhebat Silva

Silva pernah digelar sebagai Lionel Messi Sepanyol oleh salah seorang jurulatih Sepanyol, Vicenta del Bosque.

“Ia merupakan keputusan yang paling sukar pernah saya buat dalam hidup saya. Banyak yang saya pelajari daripada skuad kebangsaan. Saya menyertainya sejak zaman remaja, yang mana pada ketika itu saya bukanlah sesiapa, sehingga kini saya menjadi seseorang yang dikenali ramai”.

BACA JUGA :   Ratu Skuasy Nicol David Gantung Raket
silva
Jurulatih Sepanyol, Vicenta del Bosque

“Namun begitu, perasaan gembira turut mengiringi setelah apa yang saya capai selama ini.”

“Saya hidup dalam satu pasukan yang akan diingati untuk selama-lamanya dan saya berjaya mengakhiri karier ini dengan begitu banyak kenangan, seperti tokoh Luis Aragones, iaitu seorang guru yang tidak akan saya lupakan”.

silva
Tokoh bola sepak yang menjadi inspirasi Silva, Luis Aragones

Menurut sumber yang sahih, Silva juga telah mengalami satu tempoh yang agak sukar dalam hidupnya semasa beliau dipisahkan antara Sepanyol dan Manchester, kemudian diususuli pula dengan kelahiran anaknya yang pramatang, Mateo.

Anak lelakinya itu akhirnya dibenarkan pulang ke rumah setelah berada di hospital selama lima bulan.

silva
Pemain profesional ini sangat disenangi oleh jurulatih dan rakan sepasukan

Pemain bola sepak professional ini pernah bermain untuk kelab Liga Inggeris, Machester City dan juga pasukan kebangsaan Sepanyol ini dikatakan memiliki sikap dan semangat yang terpuji dan wajar dicontohi oleh semua orang dalam arena bola sepak.

BACA JUGA :   Nasib Berbeza Dua Manchester. City Terkulai United Hampir Rebah.

Tahniah Silva, untuk pencapaian yang hebat dan membanggakan sepanjang 12 tahun dalam karier bola sepak!

silva
12 tahun dalam dunia bola sepak meletakkannya sebagai pemain paling berpengaruh dan lagend di dunia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here