gaji minimum

Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 akan dibuat secara beransur-ansur bagi membolehkan pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sekiranya Malaysia mula membelanjakan wang yang ia tidak ada, ia akan memudaratkan negara untuk tempoh jangka masa panjang.

gaji minimum

“Jika kita mendesak gaji minimum yang lebih tinggi, kos pengeluaran akan meningkat dan kita tidak akan menjadi kompetitif. Kos hidup juga akan meningkat, justeru, rakyat tidak boleh membeli apa yang mereka telah biasa beli,” katanya beliau.

Dr Mahathir sebaliknya mencadangkan gaji minimum yang berhubung kait dengan produktiviti.

“Produktiviti perlu bertambah baik dengan gaji yang lebih tinggi. Jika ia tidak bertambah baik, kos hidup akan meningkat dan gaji yang lebih tinggi tidak akan memberikan anda kuasa beli tambahan,” katanya lagi.

BACA JUGA :   Jumlah Gaji Minimum Baharu Bagi Pekerja Swasta Akan Diumumkan Tahun Hadapan

Pada 10 Ogos lalu, Perdana Menteri berkata kenaikan gaji minimum di Malaysia akan dilaksanakan secara beransur-ansur dan tidak akan ada semakan semula gaji bagi penjawat awam sekarang kerana kerajaan perlu memberikan keutamaan untuk membayar hutang negara.

Gaji minimum yang diselaraskan di seluruh negara pada RM1,500 itu adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lalu.

Ketika ini, gaji minimum di Semenanjung Malaysia ialah pada RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah dan Sarawak. Menurut Perdana Menteri lagi, keutamaan untuk menaikkan gaji minimum akan diberikan kepada penduduk di Sabah dan Sarawak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Jumlah Gaji Minimum Baharu Bagi Pekerja Swasta Akan Diumumkan Tahun Hadapan

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here