Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan satu tindakan yang dilihat sangat drastik dan mengejutkan terutama seklai kepada semua pecinta alam di seluruh Malaysia. Status salah satu taman negara di Johor iaitu Taman Negara Pulau Kukup telah dilucurkan statusnya.
Terdapat enam taman negara di Johor iaitu Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Pulau Kukup, Gunung Ledang dan Taman Laut Sultan Iskandar.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada 24 September lalu dalam sebuah mesyuarat exco. Dokumen pembatalan pewartaan Taman negara tersebut dikeluarkan pada25 Oktober lepas.
Pulau Kukup merupakan antara destinasi perlancongan yang amat terkenl dengan kawasan paya bakau dan kepelbagaian ekosistem, fauna dan flora. Kawasan ini tuurt menjadi habitat kepada beberapa hidupan seperti keluang, babi Borneo, dan beruk kra.
Pulau Kukup juga merupakan tapak ekologi yang penting kerana di sana terletaknya salah satu daripada 5 tapak Ramsar di Malaysia. Apa tu tapak Ramsar? ia adalah lahan basah yang mempunyai kepentingan antarabangsa berdasarkan Konvensyen mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa PBB.
Keputusan Yang Salah?
Taman Negara Pulau Kukup teah digazetkan sebagai salah sebuah taman negara pada tahun 1997 di bawah kerajaan Barisan Nasional. Pengiktirafan itu membolehkan pelbagai langkah pemuliharaan flora dan fauna dijalankan.

Kehilangan pengiktirafan ini juga akan menjadikan ia akan kurang diberikan perhatian oleh kerajaan negeri, kecuali diarahkan oleh kerajaan pusat memandangkan urusan taman negara ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.
Istana Masuk Campur
Kita semua tahu apabila pihak istana mula masuk campur, ia adalah sesuatu yang snagat besar. Sama ada perkara harus diselesaikan dengan cepat atau pun pihak berwajib tak boleh buat kerja dengan betul.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa Taman Negara Pulau Kukup akan menjadi Tanah Kesultanan di bawah istana.

Pengumuman itu dibuat sebagai langkah awal untuk memastikan pulau itu dilindungi dan khazanahnya kekal terpelihara selepas perubahan statusnya oleh kerajaan negeri.
“Untuk lebih melindungi semua Taman Negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan menetapkan bahawa semua Taman Negara akan diubah menjadi Tanah Kesultanan,”
Langkah itu tidak pelik kerana ia sudah dibuat di United Kingdom yang meletakkan semua taman negara di bawah istana.