Pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) serta dua orang calon Bebas yang akan berlangsung pada 26 Januari ini telah menimbulkan beberapa isu hangat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Keempat-empat calon, Salehuddin Ab Talib (Bebas), M Manogaran (PH), Ramli Mohd Nor (BN) dan Wong Seng Yee (Bebas) telah mengemukakan kertas-kertas penamaan calon.
Persaingan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands ini tertumpu pada persaingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Pakatan Harapan (PH) tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk mempertahan kerusi Palimen Cameron Highlands yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Kecil Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Namun, Datuk Seri Wan Azizah mengakui dan berkata peluang kemenangan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dilihat sebagai pertandingan sengit memandangkan Barisan Nasional telah memainkan isu sentimen tempatan serta pihak pembangkang (BN) telah meletakkan calon Orang Asli di sini. Walaupun begitu, parti tersebut sentiasa bersedia dengan cabaran berkenaan.
Sebahagian generasi kedua di Felda Sungai Koyan 3 kini berpendapat bahawa aspek kaum seseorang calon tidak lagi dipandang enteng oleh mereka berikutan berlakunya beberapa insiden berbaur perkauman yang timbul kebelakangan ini, antaranya isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (Icerd) dan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya sehingga menyebabkan kematian seorang anggota bomba.
Selain itu, isu ugutan yang dibuat oleh Anggota Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohamad turut menjadi tumpuan apabila beliau didakwa menyentuh kedudukan Tok Batin di Cameron Highlands untuk tidak dibayar gaji sekiranya mereka tidak menyokong parti Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua tampil membuat permohonan maaf kepada masyarakat Orang Asli susulan kenyataan kontroversi Bob Manolan Mohamad tersebut. Menurut beliau, PKR tidak menyokong sebarang cara membabitkan paksaan dan ugutan untuk menarik apa-apa bentuk dana serta jawatan sebagai cara mudah menarik undi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini juga dihangatkan dengan penularan gambar seorang wanita berbaju merah Pakatan Harapan (PH) yang dikenali sebagai Vanessa. Wanita tersebut merupakan sukarelawan dari Impian Malaysia yang melakukan kerja sukarela di seluruh negara.
Dakwaan ini bagaimanapun ditepis oleh Arvind Bharet, Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH yang menjelaskan bahawa gambar yang tular itu adalah wang pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan.
Sama-sama kita harapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini berjalan dengan baik dan lancar pada 26 Januari ini.