India dan Pakistan terus mencipta konflik berpanjangan apabila berlakunya pergolakan. Boleh dikatakan konflik dua kuasa nuklear.
Tercetusnya konflik apabila Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata. Ia menjadi pertikaian kedua negara selama ini iaitu di Kashmir. Ia pasti akan memberikan suasana yang buruk untuk kedua buah negara ini.
Hubungan kedua buah negara ini kembali tegang apabila terjadinya permasalahan ini. Langkah ini dilakukan sehari selepas India melakukan serangan udara di kawasan yang sama. Tindakan yang berani untuk negara itu dalam tempoh 50 tahun membanteras aktiviti keganasan.
Salah seorang daripada juruterbang pesawat berkenaan turut ditahan oleh pihak Pakistan. Jurucakap pihak tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor. Pesawat pejuang India didakwa memasuki ruang udara Pakistan di Balakot meskipun sudah diberi amaran oleh pasukan tentera Pakistan.
Kali terakhir Pakistan dan India berperang singkat adalah pada 1999 di kawasan Himalaya. Menurut agensi berita India, ANI pesawat pejuang F-16 Pakistan turut ditembak jatuh oleh India di kawasan sempadan genjatan senjata.
Dengan itu, Pakistan mengantung operasi pesawat domestik ke Lahore, Islamabad dan bandar lain. Stesen TV Pakistan, SAMAA TV pula mendedah visual pesawat pejuang negara itu menembak jatuh pesawat pejuang India di kawasan pertikaian.
Sebuah syarikat penerbangan swasta India, Vistara Airlins pula berkata, ruang udara di kawasan utara India juga ditutup dan penerbangan dari dan ke Amritsar, Srinagar, Chandigarh serta Jammu telah digantung.
Sementara itu, Pakistan menegaskan serangan yang dilakukan disasarkan kepada kawasan bukan ketenteraan di sempadan. Ia tidak memasuki ruang udara India dan ia bertujuan menunjukkan kemampuan pertahanan negara itu.
India dalam pada itu menegaskan serangan yang dilancarkan pada Selasa disasar ke kem militan Jaish-e-Mohammed Telah didakwa terlibat dalam serangan bom bunuh diri pada 14 Februari membunuh 40 orang di Kashmir.
Kini India telah menutup sekurang-kurangnya empat lapangan terbang di kawasan utara negara itu, termasuk di Pathankot, Leh, Srinagar, Jammu dan Amritsar. Menurut kenyataan seorang pegawai kerajaan India kepada portal berita Reuters.