Virus Selsema Babi Dalam Produk Makanan Sejuk Beku.

0
1250

Virus selsema babi pun boleh ada di dalam produk makanan sejuk beku. Sungguh membahayakan kerana ini adalah virus yang boleh memberi penyakit.

Kalau berlaku di Malaysia memang kena boikotlah pengusaha makanan itu. Bayangkan jika orang beragama Islam yang makan. Disebabkan virus ini membahaya tidak kira agama mana sekalipun tidak akan makan kerana ia memudaratkan kesihatan.

Vtpuanuc o

Kejadian ini berlaku di Shahghai China di mana virus selsema babi ditemui. Pengeluar makanan terbesar China telah mengesahkan virus selsema babi ditemui di dalam produk makanan sejuk beku keluaran mereka.

Untuk pengetahuan China adalah negara pengeluar terbesar produk pengguna dan daging babi. Namun kali ini, ia berlainan kes kerana virus selsema babi adalah amat membahayakan. Pihak mereka telah berusaha untuk mencegah wabak virus sejak kes pertama di kesan Ogos lalu.

BACA JUGA :   China- Cipta Ubat Baharu untuk COVID19

3f4mtjr4 o

Mereka telah berusaha dalam menghalang penyebaran wabak virus selsema babi ini. Namun, apa yang telah berlaku betul-betul di luar kawalan mereka.

Menurut pegawai, beratus ribu babi diasingkan dalam usaha untuk menghentikan penularan. Selain itu, memindahkan haiwan itu daripada kawasan yang telah terjejas. Virus ini tersebar dengan pantas.

Mz4sut1o o

Sanquan Food yang berpangkalan di tengah wilayah Henan telah membuat kenyataan bagi menjelaskan apa yang berlaku. Ianya telah mengesahkan laporan media bahawa berlakunya pencemaran yang di kesan dalam makanan di dua wilayah.

Sebahagian besar keluaran makanan terbabit itu sudah diedarkan di kedai runcit. Oleh kerana virus selsema telah dikesan pihaknya akan menyita produk yang terjejas selain bekerjasama dengan pihak berkuasa.

BACA JUGA :   Bahana Tarian Kpop Di Tembok Masjid: Dua Pelancong China Didenda RM 25

Qitz0vcg o

Belum ada lagi kenyataan bahawa produk itu akan ditarik balik atau tidak. Seeloknya ditarik balik kerana virus ini hanya memudaratkan kesihatan.

Media tempatan turut melaporkan beberapa produk keluaran syarikat lain turut dicemari virus berkenaan. Harap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here