Bagi peminat siri Harry Potter, anda pasti pernah melihat dan mendengar tentang “Butterbeer” yang menjadi minuman kegemaran Harry dan rakan-rakannya. Di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, ramai di antara kita yang mencuba pelbagai resepi ketika berada di rumah.

Ramai yang telah mencuba resepi kopi viral ini Dalgona dan rata-rata masyarakat Malaysia telah berkongsi mengenai hasil kopi dalgona mereka di media sosial masing. Hari ini, Deenamik ingin berkongsi kepada ada satu resepi unik dari filem Harry Potter iaitu air Butterbeer tanpa alkohol.

Bahan (Untuk satu hidangan)

  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu air
  • 6 sudu mentega
  • 1 sudu cuka epal
  • 3/4 cawan krim
  • 1 cawan soda bikarbonat
  • Whipped Cream
BACA JUGA :   MENARIK: Kafe Harry Potter Kini Dibuka Di Malaysia!

Cara-caranya : 

  1. Cairkan gula perang dan air di dalam kuali. Gunakan api yang kecil. Kacau agar tidak hangus.
  2. Setelah gula hampir mencair, masukkan mentega, cuka epal dan krim. Kacau hingga rata.
  3. Kemudian, masukkan soda bikarbonat ke dalam gelas.
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam cawan berkenaan dan letak whipped cream di atasnya.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Jika mengikut resepi asal, soda bikarbonat digantikan dengan bir.  Namun agar semua lapisan agama boleh menikmatinya.

Selepas mencuba resepi ini, sila share pula respi anda di ruangan komen.

Selamat mencuba!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here