Pada 11 Januari 2021 semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan rasmi berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Keputusan bagi perutusan ini telah ditetapkan berikutan berlaku peningkatan kes setiap hari yang melebihi 2000 kes.

Beliau berkata bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa fasiliti KKM tidak lagi mampu untuk menampung bertambahan pesakit pada setiap hari. Jumlah yang sembuh daripada virus ini adalah lebih sedikit berbanding kes positif.

Bertitik tolak daripada kejadian ini, kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP 2.0 ke atas negeri Selangor, W.P. Putrajaya, W.P Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan W.P. Labuan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan ke atas negeri Pahang, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikenakan ke atas negeri Sarawak dan Perlis.

Sumber : Utusan Malaysia

PKP ini berlangsung selama 2 minggu yang bermula pada hari esok, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

BACA JUGA :   Kluster Sivagangga - 4 Mukim Dikenakan PKPD

Semua aktiviti sosial di negeri yang dikenakan PKP dan PKPB adalah tidak dibenarkan. Antara aktiviti sosial tersebut adalah melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti mesyuarat, perjumpaan, perarakan hari perayaan, seminar, kursus dan sukan berkumpulan.

Bagi negeri yang dikenakan PKP, prosedur operasi standard (SOP) akan dikenakan dengan ketat. Selain itu, sekatan jalan raya juga akan diadakan semula bermula 12.01 tengah malam ini. Perjalanan merentas negeri dan daerah juga sama sekali tidak dibenarkan untuk membendung pandemik COVID-19.

Rakyat juga hanya dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan beradius 10 kilometer sahaja dari rumah kediaman. Bagi mereka yang mahu beriadah, kerajaan hanya membenarkan aktiviti tersebut hanya bersama isi rumah sahaja. Tidak hanya itu, hanya dua anggota keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan.

Rakyat yang ingkar atau melanggar SOP tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum RM 1,000.

Bagi sektor ekonomi, hanya lima sektor sahaja yang dibenarkan beroperasi iaitu :

  • Pengilangan dan pembuatan
  • Pembinaan
  • Perkhidmatan
  • Perdagangan dan peredaran
  • Perladangan dan komoditi
BACA JUGA :   SOP Aidilfitri: 6 Daerah Selangor Dikenakan PKP Bermula 6 Mei 2021

Namun begitu, setiap sektor dikehendaki untuk mematuhi SOP ketat yang telah diberikan. Bagi sektor selain daripada di atas, arahan bekerja dari rumah perlu dilaksanakan.

Kedai makanan dan gerai penjaja boleh beroperasi hanya untuk perkhidmatan take-away sahaja di negeri yang dikenakan PKP. Pasar raya, perkhidmatan kesihatan serta bank juga boleh beroperasi namun dengan SOP ketat.

Meskipun PKP dilaksanakan, pengecualian akan dikenakan ke atas pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar seperti SPM, STPM, STAM, dan lain-lian. Pelajar dibenarkan untuk hadir ke sekolah dan asrama untuk mengikuti pembelajaran.

Semoga dengan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP ini dapat mengurangkan jangkitan kes positif di kalangan komuniti. Semua pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk melaksanakan apa yang telah ditetapkan untuk kebaikan bersama.

Dalam waktu yang sama, jangan abaikan 3 W (Wash, Wear dan Warn).

#kitajagakita

Sumber : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here