Coup D’etat atau coup adalah perkataan yang berasal daripada Perancis yang membawa makna mengutip. Dari segi istilah pula coup d’etat atau kudeta ditakrifkan sebagai rampasan kuasa untuk memerintah secara ganas atau tidak sah.

Kredit: cnbctv

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan tindakan pihak tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa ke atas pemerintahan pimpinan Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi. Suu Kyi yang telah bersama-sama memimpin kerajaan Myanmar sejak memenangi pilihan raya pada November lalu. Penasihat dan presiden Myanmar tersebut dikatakan telah ditahan oleh pihak tentera.

Pihak tentera Myanmar telah mengesahkan rampasan kuasa tersebut dan melaksanakan darurat ke atas negara tersebut sekurang-kurangnya satu tahun. Pernyataan darurat itu telah diumumkan melalui siaran televisyen tempatan Myanmar.

Operasi media sosial serta radio dan televisyen (MRTV) milik kerajaan dikatakan tidak beroperasi bermula Isnin yang lalu. Terdapat juga kawasan yang mengalami gangguan sistem telekomunikasi.

BACA JUGA :   Keputusan Undian Piala AFF 2018, Malaysia Berdepan Lawan 'Mudah'

Pentadbiran Myanmar setelah berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera itu telah dipimpin oleh Panglima Angkatan Tentera Min Aung Hlaing. Pengisytiharan darurat tersebut telah ditandatangani oleh Naib Presiden Pertama U Myint Swe, yang memangku jawatan  presiden.

Punca kepada rampasan kuasa ini adalah kerana pihak ketenteraan menuduh pihak Suu Kyi melakukan penipuan untuk meraih kemenangan besar di dalam pilihan raya yang lalu. Pilihan raya yang telah dilangsungkan pada November lalu merupakan pilihan raya kedua demokratik.

Kredit: jpost

Myanmar yang baharu sahaja menjalankan pemerintahan secara demokrasi mungkin kembali kepada sistem pemerintahan tentera setelah 10 tahun. Perkara ini telah menyebabkan tindakan pihak tentera Myanmar itu dikecam keras oleh agensi bukan kerajaan Malaysia.

BACA JUGA :   Krisis Myanmar : PATI Myanmar Dihantar Pulang Mendapat Bantahan NGO.

Perkara ini dikatakan kerana ianya telah melanggar hak asasi manusia. Antara maklum balas daripada pihak Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) adalah menggesa pemimpin-pemimpin yang ditahan dibebaskan segera.

Selain itu, pihak NLD juga menggesa supaya pihak ketenteraan Myanmar memperakui keputusan pilihan raya yang telah dijalankan. Disebabkan perintah darurat yang telah diisytiharkan, pergerakan rakyat akan menjadi terbatas dan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta pendidikan asas juga menjadi terhad.

Sumber: BERNAMA , Harian Metro

Anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Mari sambung belajar bersama Daulah Educonsult sekarang! Pendaftaran bagi sesi kemasukan tahun 2021 dan 2022 ke universiti di luar negara telah dibuka.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult di talian 018-9624322. Atau layari laman sesawang http://daulahmedic.com/.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here