nanas

Ramai diantara kita yang tidak menggemari makan buah Nanas. Mungkin takut ketidakselesaan dan gatal pada lidah. Namun, tahukah anda, bahawa nanas banyak mengandungi khasiat, terutamanya bagi wanita ?

 nanas

Nenas mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan kesihatan wanita. Khasiatnya juga berfungsi untuk membantu permasalahan menstruasi yang dialami.

Selain itu, nanas sangat bagus dimakan kerana dapat melancarkan haid. Beberapa penyebab tidak lancarnya haid karana wanita mengalami masalah hormon yang tidak stabil sehingga terjadilah masalah haid tidak lancar.

kaum wanita

Seperti yang diketahui umum, buah ini dapat membantu wanita terutamanya dalam haid untuk merangsang menstruasi. Kerana kandungan yang terdapat dalam buah nanas dapat membantu untuk melembutkan rahim, dan juga merupakan enzim yang membantu otot untuk rileks dan dapat membantu ketika menderita kram menstruasi (senggugut).

BACA JUGA :   Tawaran Pengajian Di Kursk State Medical University Sesi Februari 2021.

Selain itu, ia juga mengandungi serat yang membantu mencegah sembelit dan membantu dalam pencernaan. Selain itu, anda juga boleh campurkan sekali betik dengan nanas ke dalam diet anda, untuk penurunan berat badan yang ideal. Kerana mengandungi rendah kalori, tinggi serat dan kaya dengan vitamin.

kaum wanita

Buah ini dikenali dengan sifat anti-inflamasi dan juga dapat mengurangi rasa sakit jika anda menderita arthritis dan osteoporosis. Kerana di dalam kandungan buah nanas, memiliki kadar vitamin C yang tinggi dan penting untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Khasiatnya juga membantu dalam mengatur kitaran menstruasi. Ianya sangat penting dalam merangsang produksi estrogen dalam tubuh, yang menyebabkan period normalisasi.

kaum wanita

Buah nenas membantu dalam meningkatkan aliran darah selama menstruasi kerana dapat membantu melegakan sakit-sakit otot pada rahim wanita yang sedang haid.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Di Selangor Meningkat Kepada 603 Kes.

Jelaslah bahawa nanas dapat membantu wanita semasa mengalami masalah menstrulasi atau haid.  Bagi wanita yang mengalami masalah ini, anda hanya perlu makan buah ini untuk merawat dan melancarkan haid anda.

kaum wanita

Sumber: Manfaat.co.id

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here