Mempunyai berat badan yang ideal merupakan idaman setiap daripada kita. Bila menyebut tentang berat badan, berdiet merupakan perkara pertama yang terlintas dalam fikiran. Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai yang mengamalkan diet bagi memastikan mereka mendapat berat badan yang diingini.

Sumber foto : BBC Good Food

Namun begitu, hakikatnya masih ramai yang mengamalkan diet secara membuta tuli tanpa mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu. Sebab itulah ada sesetengah golongan yang membelanjakan wang yang sangat banyak untuk berdiet tetapi tetap tidak berkesan.

Diet

Sejujurnya, anda sebenarnya tidak perlu keluarkan wang yang banyak pun untuk dapatkan diet yang efektif. Yang penting, anda perlu berdiet dengan ilmu yang betul.

Justeru, Team Deenamik ingin jelaskan beberapa salah faham yang sering dilakukan ketika berdiet ;

 

#1 Semua Karbohidrat Dan Lemak Adalah Tidak Bagus

Ada mitos yang mengatakan diet haruslah mengelakkan daripada mengambil karbohidrat dan lemak. Ramai juga yang menganggap karbohidrat hanya akan menambahkan berat badan. Sebenarnya, tanggapan itu semuanya salah. Malah, karbohidrat yang diambil secara ideal akan lebih membantu anda mengurangkan berat badan.

Diet
Makanan yang kaya dengan karbohidrat.

Sama juga, terdapat banyak lemak sihat yang memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan. Contohnya, lemak yang terdapat dalam pisang, telur dan ikan Salmon akan membantu anda mendapat berat badan yang diingini.

BACA JUGA :   Jadikan Daging Arnab Sebagai Menu Makanan Dalam Diet.

 

#2 Diet Semestinya Kena Ikat Perut

Perlu ditegaskan sekali lagi di sini, diet tidak bermaksud anda harus ikat perut dan elakkan diri dari makan sebarang makanan. Jika anda mengamalkan cara sebegitu, bermakna anda berdiet dengan cara yang salah.

Antara cara diet yang salah

Pendek kata, diet bukannya bermakna tidak makan tetapi makan dengan cara yang sihat.

Jika anda faham konsep ini, bermakna anda berada di landasan yang betul.

Justeru, cara yang paling mudah yang anda boleh lakukan adalah gantikan semua makanan dan snek kegemaran anda dengan makanan yang menyihatkan.

 

#3 Bersenam Adalah Lesen Untuk Makan Makanan Tidak Sihat

Ramai orang salah faham bahawa sekiranya mereka bersenam dengan kerap, mereka masih dapat menurunkan berat badan walaupun makan apa sahaja yang disukai.

Nampak seperti betul, tetapi sebenarnya salah.

Anda perlu ingat, anda tidak boleh gantikan makanan yang tidak sihat itu dengan bersenam. Makanan yang tidak sihat bukan sahaja menambah berat badan anda malah turut mengakibatkan badan anda kurang bertindak balas terhadap senaman yang dilakukan.

Diet

Jadi, kurangkan lah makan makanan segera ataupun makanan ringan walaupun anda sering bersenam dengan kerap.

BACA JUGA :   Awas Pengambilan Berlebihan Daging Arnab Boleh Menyebabkan Keracunan Protein.

 

#4 Semua Kalori Adalah Sama

Ini satu lagi konsep yang sering menimbulkan kekeliruan bagi orang yang berdiet. Semua kalori terhasil dengan cara berbeza, bermaksud semua kalori adalah tidak sama. Misalnya, 100 kalori pizza tidak sama dengan 100 kalori tuna.

Menurut Authority Nutrition, tubuh badan manusia memproses setiap jenis kalori dengan cara berbeza.

Secara spesifiknya, tubuh badan anda menggunakan lebih banyak tenaga untuk memproses kalori dalam bentuk protein berbanding lemak dan karbohidrat. Itulah sebab mengapa pakar nutrisi sering mencadangkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan.

Diet
Antara makanan yang kaya dengan protein.

Ia akan memberikan anda kelebihan metabolisme dan pengambilan proteon akan mempercepatkan tahap metabolisme lalu membakar lebih banyak kalori.

Oleh itu, pilih lah kalori anda dengan bijak.

Diharapkan penerangan ini akan dapat membantu anda mendapatkan diet yang berkesan. Teruskan layari Deenamik.com dan juga page FB Deenamik untuk dapatkan tips-tips kehidupan terkini.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Health Problog

Facebook Comments

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here