5 tahun lepas, anda mungkin tidak pernah dengar tentang jenama Huawei.

Namun hari ini, Huawei sudah menjadi syarikat gergasi dalam industri telefon bimbit.

Huawei

Jenamanya sangat terkenal sebagai jenama telefon pintar ketiga terbesar di dunia, di belakang Apple dan Samsung. Malah, sebanyak 139 juta telefon Huawei terjual pada tahun lepas dengan keuntungan sebanyak $ 5.3 bilion.

Persoalannya, bagaimana jenama Huawei ini naik dengan begitu drastik ? Di sini Team Deenamik kongsikan 5 strategi marketing yang digunakan oleh mereka.

#1. Kempen Huawei Best Wei – Meningkatkan Brand Awareness

Selain mempromosikan keistimewaan telefon pintar mereka, Huawei juga mensasarkan supaya orang ramai lebih kenal jenama mereka. Untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan daripada prospek pengguna, mereka melancarkan kempen Huawei Best Wei, menerusi sebuah video.

Nama kempen itu diambil dari bahasa slang yang selalu digunakan di Malaysia. Selain menghasilkan kandungan yang kreatif, kempen itu juga menampilkan persembahan daripada kumpulan Bunkface untuk menarik lebih ramai penonton.

Huawei
Sumber foto : Marketing-Interactive

Jika dilihat, apa yang menjadikan kempen itu berjaya adalah fokus yang diberikan untuk menarik pengguna tempatan. Huawei bekerjasama dengan Rangkaian TV Media Prima untuk menghasilkan kempen yang berimpak tinggi kepada rakyat Malaysia.

Justeru, tidak hairanlah mengapa kempen itu memenangi emas dalam Marketing Excellence Awards pada tahun 2016.

#2. Kolaborasi Bersama Artis Antarabangsa

Huawei sudah banyak berkolaborasi dengan selebriti dalam iklan-iklan mereka sebelum ini.

Antara salah satu kolaborasi yang berjaya adalah iklan teaser bagi telefon pintar model P9 yang menampilkan Henry Cavill dan Scarlett Johansson.

BACA JUGA :   Lirik Video Akhir Zaman Bunkface DIPADAM Oleh Youtube
Huawei
Selebriti terkenal, Scarlett Johansson

Iklan tersebut mempromosikan kehebatan fotografi model P9 dan P9 Plus dengan kamera 12 megapixel. Henry Cavill mewakili fungsi monokrom kamera manakala Scarlett Johansson pula mewakili keindahan warna-warni dalam kamera model telefon pintar tersebut.

Selebriti terkemuka sememangnya mempunyai fanbase yang sangat ramai. Melalui kolaborasi sebegitu, Huawei dapat menjadikan orang ramai lebih kenal dengan jenama mereka.

#3. Memaparkan Model Baru Di Pameran Berskala Besar

Salah satu faktor kejayaan mereka adalah memperkenalkan produk-produk baru di pameran berskala besar.

Huawei

Beberapa tahun kebelakangan ini,  Huawei banyak menganjurkan aktiviti serta pameran bersama di Kongres Telefon Bimbit Sedunia. Pada Februari lepas, kongres itu menampilkan lebih daripada 100 operator dan rakan kongsi daripada seluruh dunia.

Di kempen itu, Huawei mempersembahkan pelbagai inovasi yang dihasilkan daripada kerjasama dengan beberapa buah syarikat. Mereka juga banyak berhubung dengan rakan industri mengenai trend masa depan industri telefon bimbit dan berkongsi idea untuk mengembangkan lagi syarikat.

#4. Mengumpulkan 44 Juta Followers Di Facebook Dengan Post Visual Yang Menarik

Dari sudut online pula, kejayaan marketing mereka banyak dibantu oleh konsistensi mereka dalam mengendalikan laman media sosial. Post-post mengandungi banyak video-video serta gambar yang menarik.

Salah satu contoh post menarik adalah promosi #Standout  bagi model smartphone P10.

Huawei

Promosi tersebut menunjukkan model P10 hadir dengan beberapa pilihan warna yang sungguh elegan. Menurut post itu, warna yang dipilih melambangkan personaliti penggunanya.

Huawei

Dengan jumlah melebihi 44 juta followers, nampaknya strategi marketing mereka di media sosial boleh dikatakan berjaya.

BACA JUGA :   HUAWEI MATE 20 PRO TERHANGAT DI PASARAN

Sememangnya marketing melalui media sosial memerlukan konsistensi yang tinggi. Dengan memastikan semua laman memaparkan post-post terkini, sesebuah jenama dapat mengekalkan dan menambah lebih banyak followers.

#5. Memaksimumkan Iklan Berprofil Tinggi

Sekiranya anda berkunjung ke Eropah, anda dapat lihat jenama Huawei ini berada di mana-mana sahaja.

Di Brussels dan Berlin misalnya, iklan-iklan mereka banyak dipaparkan di bangunan-bangunan besar. Di sepanjang jalan raya Poland, papan-papan iklan mereka penuh di tepi jalan.

Huawei
Sumber foto : Forbes

Bukan itu sahaja, sukan bola sepak di Eropah juga menjadi medium iklan bagi mereka. Jenama Huawei mendapat banyak sokongan daripada kelab-kelab gergasi bola sepak seperti Paris Saint-Germain, AC Milan dan Arsenal. Boleh dikatakan, logo Huawei penuh di stadium bolasepak.

Bintang bola sepak seperti Lionel Messi juga diangkat menjadi duta Huawei.

Huawei

Meskipun menelan belanja yang banyak, namun strategi iklan mereka membuahkan hasil.

Lihat sahajalah, statistik menunjukkan telefon pintar Huawei lebih banyak dijual di kedai elektronik sekitar Eropah berbanding Samsung. Pada suku pertama 2016, telefon mereka terjual 10 kali ganda lebih banyak daripada Apple di negara Finland.

Tidak dapat dinafikan lagi, Huawei adalah jenama telefon bimbit yang paling berjaya di China. Mereka telah membuktikan bahawa strategi marketing secara tradisional masih berkesan dan membuahkan kejayaan apabila dilakukan dalam skala yang besar.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang strategi marketing syarikat-syarikat gergasi yang lain, anda boleh layari laman Deenamik.com dan like page FB Deenamik.

Daulah.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here