Low Yat Hilang Sengat ?
Plaza Low Yat, satu destinasi yang cukup popular di ibu kota Kuala Lumpur bagi para pengunjung yang ingin mendapatkan produk digital dan gajet elektronik, kini kurang menjadi pilihan pengunjung. Kenyataan itu diakui oleh peniaga-peniaga di Mara Digital Mall (MDM).

Antara faktor utama Low Yat mula kehilangan pengunjung adalah harga dan kualiti produk di plaza tersebut. Ramai pelanggan mengakui produk-produk yang dijual di Mara Digital Mall adalah lebih murah berbanding Low Yat dengan perbezaan harga mencecah RM200 bagi laptop dan PC.

Segelintir pelanggan juga mengadu banyak barangan di Low Yat adalah tidak original dan refurbished. Itu banyak mendorong para pelanggan untuk bertukar selera ke Mara Digital Mall yang sudah 2 tahun dibangunkan itu.
Jika anda masih ingat, Mara Digital Mall telah ditubuhkan khas untuk peniaga bumiputera sahaja setelah berlakunya insiden melibatkan seorang remaja yang mencuri telefon bimbit daripada sebuah kedai. Remaja tersebut kemudian dibelasah oleh pekerja-pekerja kedai terbabit. Namun, ada sesetengah kumpulan Melayu yang membangkitkan insiden tersebut sebagai isu perkauman.

Bagi peniaga-peniaga di Mara Digital Mall pula, bisnes mereka semakin berkembang maju. Rata-rata mereka mempunyai pelanggan tetap yang tersendiri. Ramai juga pelanggan datang ke kedai mereka setelah direcommend kan oleh pembeli-pembeli sebelum ini.
Boleh dikatakan, bisnes mereka di MDM kini sudah setanding dengan Low Yat.
BACA : 3 Tips Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon Anda
Walaubagaimanapun, ada juga sebahagian kecil peniaga yang perniagaannya merosot. Bayaran sewa bulanan yang meningkat sedikit sebanyak membebankan para peniaga.

Pada tahun pertama pembukaan MDM pada Disember 2015, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Namun sejak akhir-akhir ini, sambutan mula hambar. Ramai peniaga mendedahkan bahawa kurangnya promosi yang dilakukan oleh pihak MDM menyebabkan tarikan semakin berkurang.
Apa-apapun, diharapkan kedua-kedua Low Yat dan Mara Digital Mall dapat bersaing secara sihat dan tidak timbul isu perkauman lagi selepas itu.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.
Sumber :
Free Malaysia Today
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
