PLKN 2.0 Janjikan Cabaran Lain Daripada Yang Lain
Rakyat Malaysia yang berumur 35 tahun dan kebawah, sihat serta berkemampuan dari segi fizikal kini boleh menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0). Untuk menyertai, mereka hanya perlu mendaftarkan diri di kem latihan PLKN yang berdekatan bermula hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohmed Asri Yusof, syarat untuk menyertai PLKN 2.0 ini sangat mudah. Bakal pelatih hanya perlu menepati ciri-ciri yang dikehendaki iaitu sihat fizikal tubuh badan dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga.
Sekiranya mereka yang mendaftar menepati ciri-ciri yang ditetapkan, surat kemasukan ke PLKN akan dikeluarkan oleh komander di kem latihan yang didaftar oleh mereka. Setakat ini, terdapat 52 lokasi kem latihan PLKN di seluruh negara menerima permohonan secara sukarela daripada bakal pelatih.
BACA : Sindiket Jual Diploma Dan Ijazah Palsu Dari UiTM Berjaya Dibongkarkan
Kira-kira 10,000 pelatih dijangka menyertai Kumpulan 3 PLKN 2.0 bermula hari ini, dan 22,000 pelatih telahpun mendaftar di PLKN 2.0 untuk Siri 14/2017.
Sebelum ini, program latihan khidmat negara ditangguhkan sementara sejak Mac 2015 dipercayai kerana kekangan bajet daripada kerajaan. Perkara itu sendiri diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak dalam bajet 2015. PLKN kemudiannya beroperasi semula pada Oktober 2015 menerusi Program Transformasi PLKN 2.0.
Berhubung isu keselamatan, para pelatih tidak perlu bimbang kerana setiap kem dilengkapi sepenuhnya dengan infrastruktur dan persekitaran latihan yang kondusif. Setiap kem juga mematuhi piawaian keselamatan dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh agensi bertauliah.
Malah, sepanjang program berlangsung, para pelatih akan sentiasa diawasi oleh jurulatih yang berkelayakan dan berkaliber.
Untuk PLKN 2.0 kali ini, para pelatih juga akan dilindungi insurans sepanjang latihan selama lapan minggu dan elaun latihan sebanyak RM200.
Jadi bagaimana ? Ada di antara anda yang berminat nak sertai PLKN 2.0 ?
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.
Sumber :
BERNAMA
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
