Malaysia sememangnya berjaya menangani krisis dengan lebih baik berbanding negara-negara lain, ujar Menteri Komunikasi dan Media Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Tambahnya lagi, dunia sekarang memang sedang mengalami krisis dan menukar kerajaan bukanlah langkah yang terbaik untuk menangani segala krisis tersebut.
Beliau turut mengecam tindakan Pakatan Harapan yang mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dengan menyebarkan fahaman bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan politik adalah menukar kerajaan atau menukar perdana menteri.
Jika melihat kerajaan di Amerika Syarikat (US) dan juga United Kingdom (UK), kedua-duanya adalah negara yang mengamalkan demokrasi cara barat. Satu negara berpegang pada sistem republik manakala satu lagi berpegang pada perlembagaan monarki, dan kedua-dua mereka sedang mengalami krisis ekonomi dan politik.
“Apa yang terjadi kepada Amerika dan United Kingdom setelah menukar kerajaan ? Krisis tidak berjaya diatasi malah menjadi semakin teruk,” ujar Dr Salleh di dalam blognya.
“Krisis yang dialami Malaysia juga adalah berpunca daripada kemelut yang melanda seluruh dunia. Justeru, ianya tidak boleh diselesaikan dengan sekelip mata walaupun dengan menukar kerajaan ataupun perdana menteri”, tambahnya lagi.
Jadi, apa pendapat anda wahai rakyat Malaysia ? Adakah kenyataan yang dibuat oleh menteri tersebut adalah berdasarkan fakta ataupun sekadar untuk menakut-nakutkan para pengundi ?
Lontarkan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com