Setelah 8 tahun cawangan 7-Eleven yang pertama dibuka di Jakarta, PT Modern Internasional Tbk, pemilik kepada francais  induk 7-Eleven Indonesia mengambil keputusan untuk menutup kesemua 161 cawangan domestiknya pada akhir tahun 2016. Syarikat tersebut memetik bahawa kekurangan sumber adalah sebab utama yang mendorong kepada penutupan tersebut.

7-Eleven

Pertama kali dibuka pada tahun 2009, cawangan 7-Eleven memperkenalkan kedai serbaneka berkonsepkan kafe hipster bagi menarik pelanggan terutamanya yang tinggal di kawasan bandar serta anak-anak muda. Strategi tersebut ternyata berjaya, francais itu dengan pantas menjadi tempat pilihan untuk para pelanggan untuk melepak, menikmati Slurpee dan menggunakan akses Wi-Fi percuma.

Namun, apa yang gagal adalah rancangan untuk menarik pelanggan supaya mereka lebih banyak berbelanja. Selain daripada itu, 7-Eleven di Indonesia juga menerima persaingan yang sangat sengit daripada Alfamart dan Indomaret, rangkaian kedai tempatan yang lebih ternama di negara itu.

Syarikat itu mencatatkan kerugian kira-kira 24 % dalam jualan bersihnya di 7-E kepada 675.3 bilion rupiah ($ 50.7 juta) pada tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya.

Bagi anak-anak muda Indonesia, 7-E mempunyai ruang rekreasi yang sesuai untuk tempat melepak. Di samping itu, lokasinya yang terletak di pinggir jalan dan menu makanan panas dengan harga berpatutan membuatkan mereka berasa sangat teruja untuk pergi ke 7-E. Ditambah pula dengan tempat duduk yang selesa, penghawa dingin dan Wi-Fi percuma, 7-E di Indonesia sudah boleh dianggap sebagai sebuah kafe moden.

7-Eleven

Menurut Reza Priyambada, seorang penganalisis peruncitan di Bina Artha Securities di Jakarta, beliau berpendapat bahawa pendapatan yang dijana oleh hasil jualan 7-E tidak dapat menampung kos-kos operasi seperti kos elektrik, Wi-Fi dan juga kos overhead.

Pengerusi Dewan Perniagaan dan industri Indonesia, Rosan P Roesalni pula melihat kebankrapan 7-E ini bukanlah disebabkan oleh kelembapan sektor peruncitan di negara itu sebaliknya berpunca daripada konsep bisnes mewah francais itu yang menarik pelanggan untuk melepak di kedai tetapi kurang membelanjakan wang di kedai itu.

BACA JUGA :   Pengambilan Pelajar ke Universiti Luar Negara

Jelas Rosan lagi, model bisnes 7-E itu adalah tidak efisien. Ianya memberikan margin hanya sebanyak 1-3 %. Para pelanggan sepatutnya meninggalkan kedai sebaik sahaja mereka membeli barangan dan bukannya melepak dengan lama tetapi hanya membeli satu tin minuman ringan. Ini menyebabkan kos operasi melebihi kos pendapatan.

Ada sesetengah pihak juga menuding jari kepada pihak kerajaan yang mengeluarkan peraturan melarang kedai mini daripada menjual minuman beralkohol bermula pada April 2015.

“Peraturan tersebut telah menyebabkan hasil jualan 7-E merudum sama sekali. Mereka seolah-olah hilang daya saing sejak daripada itu. Syarikat itu ternyata tidak bersedia untuk menghadapi larangan yang diperkenalkan”, ujar Pengerusi Persatuan Usahawan indonesia, Hariyadi Sukamdani.

Rosan juga membandingkan konsep 7-E dengan  kedai runcit yang lain. Alfamart dan Indomaret misalnya, sangat kecil dan efisien. Para pembeli yang ramai sering keluar masuk ke kedai tersebut. Manakala di 7-E pula, margin adalah kecil, kos operasi pula sangat besar dan ramai orang melepak di kedai itu dan menjadikan bisnes tidak menguntungkan.

Kedua-dua Alfamart dan Indomaret sudah lama bertapak dengan status sebagai pasar mini dengan memberi penekanan yang lebih besar kepada penjualan barang-barang runcit yang segar berbanding kedai serbaneka dan kurang menekankan tentang penjualan minuman beralkohol.

Penutupan 7-E yang terkenal di Indonesia ini pastinya memberikan banyak kejutan kepada rakyat.

Berbeza dengan situasi di Malaysia, 7-Eleven di negara ni semakin berkembang dengan jayanya. Saham 7-E dilaporkan meningkat sebanyak 29.14 % dengan kadar RM1.43 pada 3 Ogos daripada RM1.14 yang ditutup pada 24 Julai.

7-Eleven

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang mempunyai pemilikan langsung sebanyak 8.4 % atau 93.7 juta saham, telah muncul sebagai pemegang saham utama di 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd, rangkaian kedai serbaneka terbesar di negara ini.​

BACA JUGA :   Kenali 4 Jenis Baka Kucing Yang Unik
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sumber foto : The Star Online

Menurut Pengarah Eksekutif dan Timbalan CEO syarikat tersebut, Hishammudin Hassan berkata bahawa perubahan gaya hidup dan keperluan pengguna serta persaingan sengit di pasaran telah mendorong 7-Eleven menjadi agresif dalam mengembangkan syarikat. Bertitik tolak daripada itu, 7-E Malaysia telah merancang strategi yang akan membawa kepada pertumbuhan yang kukuh.

7-Eleven

Dengan pasaran saham sebanyak 80 % ketika ini, pengendali rangkaian kedai serbaneka terbesar di negara itu telah membaik pulih beberapa kedai dan kini telah mempunyai kira-kira 600 kedai dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Tambahan pula, 200 buah kedai juga telah dibuka dalam setahun dengan tempoh jangka masa yang sama.

Pengarah Eksekutif, Hishammudin Hasan. Sumber foto : The Star

Hishamuddin turut mendedahkan bahawa pelan strategik syarikat itu melibatkan tiga teras utama – operasi, kos dan komersil – dan ini akan disokong lagi oleh sumber manusia dan teknologi maklumat (IT) dalam usaha mereka untuk membina satu organisasi yang teguh.

Dari segi operasi, 7-Eleven melancarkan program “Back to Basics” pada bulan Jun untuk memantapkan operasi dengan tujuan untuk menguruskan kos dengan cekap dan membekalkan produk yang lebih baik. Selain itu, syarikat itu juga meningkatkan platform e-dagangnya untuk menambahkan lebih banyak perkhidmatan di dalam kedai, termasuklah servis tambah nilai untuk Touch dan Go, telefon bimbit dan pembayaran bil utiliti.

7-Eleven
Sumber : 7 Eleven

“Perkhidmatan in-store ini sahaja sudah menyumbang kira-kira 3% daripada pendapatan 7-Eleven dan kira-kira 12% daripada keuntungan kasar,” ujar beliau lagi.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Rujukan :

Reuters
Asia Nikkei Review
The Star
GRES News​

Facebook Comments

2 COMMENTS

Comments are closed.