Sejak dilancarkan pada tahun lepas, Instagram Story hadir dengan bermacam-macam fungsi yang memberikan keseronokan bagi sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Insta Stories ini merupakan satu medium untuk para pengguna berkongsi moments dalam kehidupan seharian dengan kenalan dan para pengikut di akaun Instagram mereka. Dilaporkan bahawa kira-kira 250 juta orang menggunakan Insta Story ini setiap hari.
Berikut merupakan 7 Fungsi yang anda mungkin tidak tahu boleh digunakan dalam Insta Stories.
1. Memutarkan Kembali Video Anda Secara Reverse

Anda boleh merakam video story anda secara rewind. Bagi anda yang tidak pernah menggunakannya, rewind adalah satu format kamera yang akan memainkan video anda dalam bentuk reverse.
2. Sticker Hashtag
Tambahkan hashtag dalam story anda dengan menggunakan perkataan ataupun sticker hashtag. Hanya tekan pada butang hashtag untuk mengetahui perkataan-perkataan yang berkaitan.

3. Balas Stories Rakan-rakan Anda Dengan Foto Dan Video

Tekan pada butang kamera ketika sedang menonton stories rakan-rakan anda untuk membalas sama ada menggunakan gambar ataupun video. Anda juga boleh selitkan banyak fungsi kreatif yang lain seperti face filter , sticker dan rewind ketika membalas stories.
4. Klon Diri Anda Dengan Sticker Selfie
Ambil selfie anda. Kemudian tekan pada ikon sticker di penjuru kanan skrin, pilih butang selfie untuk ambil mini selfie dan letakkan dalam story anda.

5. Pinkan Emoji Atau Tulisan Pada Video Story Anda

Setelah video story anda dirakam, pilih pada mana-mana ikon yang anda ingin masukkan. Tekan lama-lama sehingga anda boleh menggerakkan ikon itu ke tempat yang anda inginkan semasa video sedang bermain.
6. Ubahsuai Warna Latar Dengan Fungsi Pemadam
Dengan berus pemadam yang terbaru ini, anda boleh memadamkan perkara-perkara yang telah dilukis dan bermain-main dengan warna dalam story.

Diharapkan fungsi-fungsi ini akan menambahkan lagi keseronokan anda dalam menggunakan Insta Stories dan berkongsi momen-momen indah anda bersama rakan-rakan.
Sumber : Tomi Adebayo, UNILAD