Jaguh pemain badminton perseorangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei telah mengutarakan hasratnya untuk terus bermain meskipun usianya sudah mencecah 34 tahun.

Sebelum ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu juga memberitahu bahawa Kejohanan Dunia di Glasgow akan menjadi medan terakhirnya di arena badminton sebelum menggantung raketnya.

Lee Chong Wei ditemui ketika menghadiri acara Sukan SEA Kuala Lumpur semalam, pemain yang kini berada di ranking ke-5 lima dunia itu walaubagaimanapun menegaskan bahawa tanggungjawabnya untuk menggalas nama negara masih belum tamat.


Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!


“Saya akan terus bermain kerana terdapat lebih banyak kejohanan utama yang akan dianjurkan. Saya masih mahu mewakili negara. Terdapat juga Sukan Komanwel dan Piala Thomas yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia”, ujar Chong Wei.

BACA JUGA :   Peraturan Baru Servis Badminton Semakin Dikecam Pemain-Pemain Ternama Dunia

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas adalah pada tahun 1992, kira-kira 25 tahun yang lalu.

Piala Thomas 1992 dimenangi oleh Malaysia.

“Dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang, saya akan cuba sedaya upaya dan memberikan yang terbaik buat negara dalam arena badminton”, tambahnya lagi.

Chong Wei sebelum ini dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain Perancis, Brice Leverdez dalam pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow. Beliau akan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek berhubung masa depannya.

Lee Chong Wei tersingkir di pusingan pertama.

Apa-apapun diharapkan Lee Chong Wei dapat membawa Malaysia menjuarai Piala Thomas sebelum meninggalkan legasi beliau dalam arena badminton negara.


Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!

BACA JUGA :   Malaysia Masih Ada Harapan Untuk Badminton Negara

Sumber :

BERNAMA 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here