Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ, mengumumkan bahawa Liga Malaysia akan terus berlangsung walaupun pada bulan Ramadan bermula pada musim baru 2018 nanti.
Sebelum ini, Liga Malaysia kebiasaannya berehat selama sebulan pada bulan Ramadan bagi menghormati pemain-pemain beragama Islam dan memberikan mereka peluang untuk berbuka puasa serta menunaikan solat tarawih.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa prestasi dan tahap kecergasan para pemain akan merudum kerana terlalu lama bercuti tanpa perlawanan bola sepak yang kompetitif. Selain itu, kehadiran para penyokong ke stadium juga menurun dengan sangat drastik.

Liga Malaysia Terlalu Banyak Rehat
Menurut TMJ lagi, liga Malaysia sudah terlalu banyak ‘berehat’ bukan sahaja kerana bulan Ramadan, tetapi juga kerana pertandingan-pertandingan kecil dan kem latihan pasukan kebangsaan.

Justeru, mesyuarat Exco FAM seterusnya akan membincangkan beberapa pembaharuan terutamanya berkenaan cuti rehat Liga Malaysia yang terlalu banyak.
Ini termasuklah mengelakkan rehat pada bulan Ramadan, yang merencatkan momentum liga dan secara tidak langsung menjejaskan prestasi para pemain. Apabila para pemain terjejas, maka sudah tentunya prestasi pasukan kebangsaan turut sama terkesan.

Seharusnya, kita mencontohi sistem bola sepak yang digunakan oleh negara-negara Islam di Timur Tengah. Mereka masih meneruskan liga mereka walaupun pada bulan puasa.
Selain itu, kem latihan pasukan kebangsaan juga akan diubah. Kem latihan tidak lagi dijalankan selama sebulan seperti sebelum-sebelum ini. Sebaliknya, tempoh kem paling lama hanyalah selama 14 hari seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain.

Ramai pihak menjelaskan bahawa kedatangan penyokong ke stadium akan berkurang sekiranya liga masih berlangsung pada bulan Ramadan. Namun, TMJ menegaskan bahawa itu bukanlah satu masalah besar. Semua ini harus dilakukan demi mengangkat tahap bola sepak di Lagi Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Majulah Bola Sepak Untuk Malaysia”
Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku Pilihan Anda Dengan Harga Termurah!

Sumber :
[…] BACA : Liga Malaysia Akan Tetap Berlangsung Di Bulan Ramadan Bermula Musim 2018 […]