Saksikan trailer filem The Current War yang mengungkap kembali sejarah ‘perang’ arus elektrik pada akhir zaman 1800. Filem arahan Alfonso Gomez-Rejon ini mengisahkan persaingan sengit beberapa tokoh dalam menerajui masa depan kuasa elektrik di Amerika Syarikat.
Permulaan trailer ini sahaja cukup gempak dengan menampilkan Benedict Cumberbatch berdiri di tengah-tengah padang yang dikelilingi lampu mentol. Sekali tengok, nampak seakan-akan babak dalam filem The Prestige. Dalam The Current War ini, Benedict Cumberbatch memainkan watak sebagai Thomas Edison manakala Michael Shannon pula sebagai George Westinghouse. Kedua-dua mereka ini saling bersaing untuk menunjukkan siapa lebih handal dalam merevolusikan kuasa eletrik dan bagaimana ciptaan mereka akan mengubah dunia.

Watak Nikola Tesla yang dipegang oleh Nicholas Hoult juga ditampilkan dalam filem ini. Ingat lagi pelakon kepada watak Spiderman yang terbaru ini, Tom Holland ? Ya, beliau juga memainkan watak penting dalam The Current War.

Tanpa celoteh panjang, jom saksikan trailer tersebut di sini.
Wow ! Sungguh menarik bukan ?
Jika mengikut sejarah, perang arus elektrik ini berlaku pada lewat zaman 1800 apabila seorang pencipta, Thomas Alva Edison melancarkan perang korporat ke atas pesaingnya yang merupakan sebuah syarikat elektrik yang dimilki oleh George Westinghouse. Perang elektrik ini mempunyai nilai yang sangat penting dalam sejarah Amerika kerana ianya menjadi titik tolak kepada penggunaan Alternating Current (AC) vs Direct Current (DC) di seluruh negara.

Ramai penganalisis merasakan bahawa filem ini sememangnya layak untuk diangkat ke peringkat Oscar. Nampaknya ini bukan calang-calang filem. Adakah filem ini mampu untuk sampai ke level filem sejarah yang lain seperti filem There Will Be Blood ? Sama-sama kita saksikan.
The Current War akan ditayangkan di pawagam bermula pada 24 November, 2017. Jadi, jangan lupa save the date ya !
Sumber :
[…] BACA : Jom Tonton Trailer ‘The Current War’, Filem Yang Mengangkat Sejarah Perang Elektrik AC vs DC […]