Bayangkan Mimpi Ngeri Anda Menjadi Nyata
Cuba bayangkan doktor meninggalkan anda selama beberapa jam di dalam bilik pembedahan sebelum menyelesaikan pembedahan anda!
Perkara inilah yang dialami oleh pesakit pemindahan jantung dari Hong Kong!

Kisah Sebenar
Pada 13 Oktober, Dr Kelvin Ng Kwok-chai sedang menyelia Dr Tiffany Wong Cho-lam semasa pembedahan pemindahan jantung di Hospital Queen Mary yang terletak di Hong Kong.
Sekitar jam 2 pada hari tersebut, jantung itu telah diambil daripada penderma yang telah meninggal dunia dan dibawa ke hospital, menurut South China Morning Post.
Sekitar pukul 3.25 petang apabila pesakit itu sudah diberikan sedatif dan telah dibuka badannya, tiba-tiba Dr Ng meninggalkan hospital tanpa penjelasan.
Jantung pesakit itu masih dalam keadaan yang baik apabila doktor bedah itu meninggalkannya.
Kemudian, 5 minit selepas dia pergi, jantung baru pesakit tiba di hospital.
Dr Wong dan seorang lagi pakar bedah lain memeriksa jantung itu dan meninggalkan bilik pembedahan, membiarkan jururawat untuk memantau pesakit tersebut.
Dr Ng hanya tiba di hospital pada 6.30 petang bukannya pada 5 petang seperti yang dijanjikan, meninggalkan pesakit di meja pembedahan selama 3 jam!
Walaupun terdapat penangguhan, pembedahan itu berjalan lancar sehingga pukul 10 malam. Pesakit itu dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.
Seorang pekerja di hospital itu membuat laporan pada 18 Oktober.
“Hospital itu sangat mengambil berat berkaitan dengan laporan pekerja itu” kata jurucakap daripada hospital itu.
Jurucakap itu berkata mereka akan meneliti kes tersebut. Jika, penangguhan itu disebabkan oleh perkara yang tidak penting, pihak hospital akan mengambil tindakan keras.
Walaubagaimanapun, menurut ketua bahagian pemindahan jantung Universiti Hong Kong (HKU), pemindahan jantung boleh ditangguhkan selama 3 hingga 4 jam.
Berkaitan dengan kes ini, beliau mengatakan bahawa penangguhan ini di atas sebab yang tidak munasabah.
“Dr Wong boleh meminta bantuan daripada doktor lain daripada menunggu Dr Ng, walaupun pesakit itu berada dalam keadaan yang stabil pada masa itu”.
Beliau juga berkata bahawa Dr Ng hanya menemani Dr Wong di bilik pembedahan itu.
Kesimpulannya
Tidak kira apa yang terjadi, kami berharap pihak yang berkenaan mendapat tindakan yang sewajarnya jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meninggalkan bilik pembedahan!
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber:
http://www.worldofbuzz.com