Kerana Sebuah Powerbank, Kereta Ini Terbakar

Zaman sekarang, boleh dikatakan ramai di antara kita yang menggunakan powerbank di mana-mana sahaja kita berada. Maklumlah, bateri telefon selalu cepat habis macam air. Selalunya, kita cenderung untuk menyimpan powerbank di dalam kereta sekiranya ada urusan penting, bukan ?

Namun, kejadian yang berlaku baru-baru ini memberikan kita pengajaran supaya jangan menyimpan powerbank di dalam kereta untuk terlalu lama. Jika tidak, buruk padahnya.

powerbank
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto : Youtube

Pada beberapa hari yang lalu, sebuah kereta Perodua Kancil dilaporkan terbakar setelah powerbank yang diletakkan di tempat duduk penumpang menjadi panas lalu menyebabkan kebakaran. Kejadian itu berlaku di sekitar lot kedai Persiaran Jubli Emas, Perlis.

Mujurlah ada pejalan kaki di situ yang  sedar akan kebakaran tersebut dan mula meminta bantuan orang ramai. Ketika itu, dia sedang berjalan ke arah parking lot dan kemudian ternampak asap tebal keluar dari pintu kereta Kancil itu. Setelah bergegas ke sana, dia melihat powerbank di tempat duduk hadapan sedang terbakar.

BACA JUGA :   Kunjungi Tempat Menarik Di Perlis Sempena Cuti Sekolah
powerbank
Sumber foto : NST

Orang ramai mula mengelilingi kerta itu dan membantu dengan menyimbah air menerusi tingkap dan pintu kereta terbabit. Setibanya Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di kawasan itu, api telahpun berjaya dipadamkan oleh orang awam.

BACA : Trend Terbaru Mekap ‘Hias Lubang Hidung’ Ini Pasti Buat Anda Tertawa

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Muhamad Firdaus Yusop,  hasil pemeriksaan mendapati 10% daripada kereta itu mengalami kerosakan akibat kebakaran tersebut. Walaubagaimanapun, kaitan antara powerbank dengan kebakaran tersebut masih di bawah siasatan.

powerbank
Sumber foto : SAYS.com

Justeru, dengan keadaan cuaca di negara ini yang panas membahang, diharapkan anda semua dapat berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Kenalpasti segala peralatan dan perkakas elektronik di dalam kereta anda yang mungkin merbahaya sekiranya dibiarkan menjadi terlalu panas untuk jangka masa yang lama.

BACA JUGA :   Ikan Lumba-Lumba Dikesan Berhampiran Dengan Jeti Kuala Perlis?

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

NST
World of Buzz

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here