APPLE Inc menerima lapan saman apabila syarikat itu didakwa telah menipu pengguna iPhone dengan memperlahankan prestasi peranti lama tanpa amaran.
Perkara itu dilakukan untuk mengatasi masalah bateri lemah.
Tuntutan mahkamah itu dikemukakan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di California, New York dan Illinois.
Tuntuan itu juga dibuat bagi mewakili kemungkinan berjuta-juta pemilik iPhone di seluruh Amerika Syarikat.
Menurut satu daripada tuntutan yang dikemukakan di San Francisco, kecacatan pada peranti adalah akibat ketidakupayaan bateri bagi mengendalikan kelajuan pemprosesan tanpa kemaskini terbabit.
Namun, daripada menyelesaikan masalah bateri dengan menggantikan bateri secara percuma bagi semua peranti yang terjejas, Apple sebaliknya menyembunyikan kecacatan bateri itu
Akibat itu, pengguna mungkin menyalahkan pemproses komputer lama apabila aplikasi tidak berfungsi atau prestasi menjadi perlahan dan memilih untuk mengganti telefon pintar itu apabila penyebab sebenar hanya bateri lemah yang boleh diganti dengan harga lebih rendah.
Tindakan undang-undang ini menuntut ganti rugi yang tidak dikemukakan. Beberapa aduan turut menuntut perintah mahkamah bagi menghalang Apple daripada menyekat kelajuan iPhone atau memberitahu pengguna pada masa akan datang.
Minggu lalu, Apple mengaku kemaskini sistem operasi sejak tahun lalu bagi iPhone 6, iPhone 6s, iPhone SE dan iPhone 7 mempunyai ciri bagi mengatasi masalah bateri lama atau kurang berkuasa.
Peranti tanpa ciri ini akan ditutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga yang direka untuk mengelakkan komponen daripada terbakar.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Dipetik dan diolah dari HarianMetro