Dari Wanita, Untuk Wanita
Sebagai seorang wanita yang sibuk menguruskan keluarga dan juga urusan kerja, semua itu memang mendatangkan stress serta mengorbankan banyak masa dan tenaga. Kadang-kadang, wanita juga perlukan masa untuk relaks dan manjakan diri dengan belaian lembut yang menyegarkan di samping menjaga kecantikan tubuh badan untuk suami tercinta.

Tetapi, timbul pula satu masalah. Di tengah-tengah bandar ini memang susah nak jumpa spa kesihatan yang menawarkan servis khas untuk wanita. Banyak spa-spa di luar sana yang bercampur pelanggan lelaki perempuan dan langsung tidak mementingkan privasi wanita.
Mujurlah di Cheras terdapat satu spa yang menawarkan solusi kepada dilema yang dihadapi para wanita ini iaitu Nurellis Wellness Centre. Lokasi spa ini terletak di atas Poliklinik An-Nur di Bandar Mahkota, Cheras. Semua therapist di spa ini adalah perempuan dan para lelaki tidak dibenarkan masuk. Jadi, memang rasa selamat untuk relaks dan manjakan diri di situ.

Menurut Puan Shadzlin Yahaya, seorang pelanggan di Nurellis Wellness Centre, beliau sangat berpuas hati dengan servis di spa itu yang mementingkan keselesaan para muslimah.
“Saya dah 3 kali pergi sini. Worth for money. Dah lama cari tempat untuk muslimah sahaja. Alhamdulillah dah jumpa akhirnya”, ujar Puan Shadzlin.

Menurut Puan Noreen Mahdzan pula, beliau sangat memuji layanan dan servis yang diberikan di spa tersebut.
“Service terbaik. Mesti datang lagi. Staff sangat professional”, tambahnya.
Bermacam-macam pakej penjagaan kesihatan dan urutan yang disediakan dan harganya sangat berpatutan. Spa ini juga seringkali menawarkan pakej-pakej dengan harga promosi istimewa. Dari rawatan facial, kulit, rambut, badan, sauna dan banyak lagi, cakap sahaja semuanya ada. Urutan khusus untuk ibu-ibu mengandung pun ada. Yang bagusnya, therapist di sini selalunya akan memberi penerangan terperinci terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan. Jadi, anda akan dapat gambaran jelas tentang manfaat sesuatu rawatan terhadap tubuh anda secara saintifik.
Bila menyebut tentang produk-produk untuk rawatan spa, tidak dinafikan banyak spa yang menggunakan produk tak natural dan tidak diiktiraf oleh Jabatan Kesihatan. Tetapi di spa Nurellis Wellness Centre ini, anda tak perlu risau kerana semua produk yang digunakan adalah yang diiktiraf dan dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi daripada hutan hujan tropika. Tambahan pula, pengasas spa ini adalah Dr. Aziah Oyop, seorang doktor perubatan yang bertauliah.

Antara rawatan yang mesti anda cuba ketika datang ke Nurellis Wellness Centre ini adalah rawatan sauna kerana ianya cukup unik dan berbeza dari tempat-tempat lain. Melalui sauna, anda dapat membakar segala jenis lemak-lemak terkumpul dan kalori di dalam badan. Suasana di dalam ruang sauna juga harum dan segar, membuatkan peluh yang dikeluarkan tidak rasa melekit langsung. Ternyata memang selesa dan puas hati. Selepas selesai sauna, anda akan dapat rasa lapisan badan anda menjadi semakin nipis.

Sebaik sahaja masuk ke dalam spa Nurellis Wellness Centre ini, suasana di dalamnya sangat damai dan menenangkan. Ditambah pula dengan alunan muzik mendayu-mendayu ketika sedang diurut, pasti hilang semua stress. Staff pun semuanya peramah. Sejujurnya, tempat ini memang selesa untuk dikunjungi. Siapa yang datang sekali pasti rasa nak datang lagi.

Pendek kata, Nurellis Wellness Centre adalah destinasi yang tepat bagi para wanita di luar sana yang tercari-cari spa kesihatan untuk merehatkan diri sambil dibuai belaian lembut yang menyegarkan di samping mengekalkan kecantikan tubuh badan. Jadi apa tunggu lagi ? Manjakanlah diri anda dengan berkunjung ke Nurellis Wellness Centre di alamat tertera :
2A-1, Jln Temenggung 25/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras
No Telefon : 03-90119936