Penjelasan Daripada Ustaz Adib
Maaf jika terdapat pelbagai soalan yang diajukan kepada saya (Ustaz Adib) dan tak dapat berikan makluman secepat mungkin sehingga kalian tertanya tanya.
Kes saya ni berlaku masa bulan 8 baru ni. Dah masuk 5 bulan kes masih berjalan. Lebih kurang macam kes Cikgu Azizan. Kes saya juga melibatkan 4 orang pelajar Darjah 5.

Saya dah mengajar masuk tahun ni baru tiga tahun. Dan bukan kali pertama saya minta murid untuk solat bilamana tiba waktu solat.
Nak dijadikan cerita, semasa kejadian 4 orang murid ni saya suruh pergi solat tetapi mereka tidak pergi. Banyak kali saya suruh tapi mereka buat tidak endah sahaja.
Malahan mereka menyembunyikan diri. Setelah saya nampak saya panggil mereka. 2 daripadanya melarikan diri. Kemudian saya ambil tindakan pada keempat-empat pelajar ni.
Saya denda dia dengan rotan sebab tak mahu solat .. bila disuruh banyak kali menyorok. Bila saya panggil dia lari.

Saya tanya dia cakap tak dengar sedangkan lagi dua tu datang. Kemudian dia sedar dia menipu.
Saya minta mereka untuk maklumkan pada kepada ibu bapa mereka apa yang terjadi. Tiga daripadanya maklumkan pada ibu bapa tetapi seorang pelajar ni tak maklumkan. Saya dah minta maklum tapi murid itu tak buat dan parent dia report polis pasal hal saya ni.
Ibu bapa murid yang tidak dimaklumkan itu call dan marah marah saya .
Saya nak terangkan hal sebenarnya padanya tetapi dia tidak mahu dengar dan mengatakan bahawa dia tidak akan tarik balik report .
Nak terang apa apa settle di mahkamah.
Esoknya saya dapat call dari IPD Kajang menyatakan bahawa saya diminta untuk hadir ke sana untuk memberi keterangan. Bila sampai je di IPD Kajang, saya tidak diambil keterangan tetapi dimasukkan ke dalam lokap.

Duduklah saya bersama sama mereka yang berada di dalam itu selama 5 hari .
Dia dakwa saya dera anak dia. Selepas selesai tempoh tu saya keluar dan tiap bulan kena hadir bicara di mahkamah.
Minggu hadapan pula saya kena hadir pada 26/12 di Majistret Kajang.
Apa pon saya hanya minta kalian semua doa baik baik untuk saya ye. Terima kasih semua yang turut mendoakan saya.
#doabaikbaik 🙂
Status Terkini Perbicaraan Ustaz Adib
Ustaz Adib menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut perbicaraan pada 26 Disember tadi, ‘Laporan Perubatan Penuh’ daripada pihak pendakwa raya masih belum siap dan belum dapat dikemukakan. Justeru, Hakim Mahkamah Majistret Kajang telah menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya disambung semula pada 6 dan 7 Februari 2018.
Semoga perbicaraan berjalan lancar dan nasib Ustaz Adib dapat dibela dengan seadilnya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber:
FB ADib HaLim Yahaya
FB Haslena Harun