sumber foto : worldbulletin

Sekali lagi isu ‘peniaga nasi lemak’ dibangkitkan oleh Tun Mahathir. Beliau mengatakan bahawa tidak perlu bagi seseorang itu melanjutkan pelajaran sampai ke peringkat tinggi jika sekadar ingin menjadi peniaga nasi lemak.

 

Kenyataan yang dilontarkan oleh bekas perdana Menteri Malaysia itu mengundang kritikan kerana dianggap tidak sensitif kepada mereka yang telah memilih pekerjaan seperti itu.

Tambahan lagi, kerajaan telah membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk melatih ramai graduan tetapi akhirnya graduan itu memilih sebagai ‘peniaga nasi lemak’ disebabkan kurangnya peluang pekerjaan di negara sendiri.

Nasi Lemak
gambar hiasan

“Jika mereka betul-betul mahu jual nasi lemak, tidak perlu kita jadikannya sebagai jurutera”, katanya dalam siaran langsung “Policy Talk” di Facebook.

BACA JUGA :   DaulahEdu Menawarkan Bidang "Moscow Aviation Institute" di Rusia

Beliau turut mengatakan “kita tidak sepatutnya berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh golongan graduan ini”. Hal ini menunjukkan kegagalan kerajaan dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka.

Nasi Lemak
gambar hiasan

Jika kita mempunyai kerajaan prihatin yang memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh golongan muda dan mereka dapat membetulkan keadaan dalam bidang-bidang spserti pendidikan, pekerjaan, pengangguran dan juga pelaburan yang boleh menambah peluang pekerjaan untuk anak muda kita.

Kenyataan yang dikeluarkan, iaitu orang Melayu ketinggalan kerana kelemahan sendiri sekali lagi mendapat kritikan.

Nasi Lemak
sumber foto : policy talk

“Kita mempunyai kemampuan tetapi malangnya tidak berusaha. Kita tidak letak penguasaan ilmu dan kesungguhan bekerja di tahap yang tinggi, dan sebab itu kita ketinggalan,” katanya lagi.

BACA JUGA :   Sambung Bidang Kejuruteraan - Ini yang Anda Patut Tahu

Namun begitu, untuk meneruskan kehidupan yang tidak menentu sekarang ini masyarakat harus bijak memilih dan merebut peluang yang ada. Bersaing secara positif serta bersungguh-sungguh menggunakan kebolehan yang ada.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Malaysiakini

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here