Kegiatan membawa barang seludup berjaya ditumpaskan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Barangan itu termasuklah pelbagai jenis termasuk beras wangi, minuman beralkohol dan kuku harimau.

Dipercayai kesemua barangan seludup tersebut berjumlah melebihi RM70, 000. Kegiatan ini sememangnya tidak boleh berlaku dengan kawalan ketat di sempadan antara Malaysia.
Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Mohd Khairi Abdullah, berkata sekitar jam 9.30 malam aktiviti menyeludup itu beroperasi dengan menggunakan tiga buah lori di Kilometer 2.
Ketiga-tiga suspek cuba menipu helah apabila pemeriksaan dilakukan, dengan memberikan invois sayuran. Namun pemeriksaan lebih teliti dilakukan mendapati pelbagai barangan di dalam lori tersebut, termasuklah ikan sungai seperti haruan, beras, minuman beralkohol dan pebagai jenis makanan dari negara jiran yang cuba dibawa masuk.
Sejurus melakukan pemeriksaan, pihak AKSEM turut menemui kuku harimau di dalam sebuah lori diselitkan. Dipercayai juga kuku harimau adalah sebagai alat untuk dijadikan tangkal tetapi tidak dibenarkan membawanya masuk di negara ini.
“Cubaan menyeludup masuk menggunakan tiga buah lori berjaya dirampas bersama dengan kesemua barang yang berada di dalamnya. Tindakan lanjut juga akan dikenakan dan berjaya menahan tiga suspek warga Thailand untuk membantu siasatan,” kata Asisten Superintendan Mohd Khairi Abdullah.
Beliau percaya bahawa ketiga-tiga lori tersebut bergerak secara konvoi dengan membawa pelbagai barang seludup kerana mempunyai permintaan yang sangat tinggi berikutan hari perayaan Tahun Baru Cina yang akan diraihkan.
Lebih penelitian tersebut menemui 30 guni beras wangi mengandungi 1, 500 kilogram, 15 kotak minuman beralkohol dengan setiap kotak berisi 12 botol minuman, dan pelbagai jenis barangan makanan lain.
“Kita tahu ketiga-tiga lori tersebut adalah dimiliki oleh satu tauke tapi mereka cuba bergerak berasingan untuk menghantar semua barang ke Pulau Pinang, Sungai Petani dan Alor Setar,” ujarnya.
“Semua barang tersebut diserahkan kepada jabatan-jabatan tertentu untuk tindakan lanjut.”
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membawa atau memindahkan barang seludup, dan tanpa kelulusan daripada kastam Malaysia,” ujarnya lagi.
sumber : BH