Google Maps kali ini memperkenalkan fungsi pemberitahuan menerusi penggunaan aplikasi tersebut. Apabila anda telah sampai ke destinasi yang dituju google maps akan mengaktifkan bunyi arahan untuk anda turun dari bas ataupun kereta api.
Cukup bermanfaat kerana ramai yang selalu terleka walaupun sudah menggunakan aplikasi tersebut. Duduk dalam jangka yang lama akan membuatkan seseorang berasa letih dan akhirnya tertidur di dalam pengangkutan awam. Ada juga yang yang terleka dengan games dalam telefon pintar menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket baru untuk pusing semula ke destinasi sebetulnya.
“Pengguna akan dapat melihat perjalanan dengan lebih tepat, samada keita memandu ataupun berjalan kaki,” menurut kenyataan pihak Google tentang aplikasi itu.
Tambahan lagi, ciri terbaru ini boleh didapati pada aplikasi Google Maps untuk pengguna Android. Namun, mengikut laporan ia hanyalah terdapat pada telefon pintar sistem operasi 8.0 Oreo.
Eh macam mana dengan pengguna Apple? Pengguna Iphone tidak perlu bimbang, walaupun Google tidak menyebut tentang hal itu, tapi turut difahamkan bahawa sistem akses itu sudahpun terdapat pada Iphone dengan ciri yang hampir sama.
Cara menggunakan ciri terbaru ini, pengguna perlu memilih lokasi untuk dituju dan menerima pemberitahuan pada telefon Android berkenaan di mana mereka harus turun dan menukar stesen. Selepas ini tidak perlu risau lagi untuk berjalan sendiri sebab Google Maps boleh menggantikan tempat rakan anda dengan hanya menekan satu butang saja.
Jika ingin memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi sila tekan ‘start’ pada bahagian bawah skrin telefon pintar dan pemberitahuan akan anda terima sepanjang perjalanan sehingga sampai ke lokasi dipilih.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com