Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meluluskan permohonan 61 syarikat perkhidmatan bas bagi menyertai Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF).
Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata IS BSF diwujudkan kerajaan pada 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat terbabit, berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan.
Katanya, kerajaan memberi perhatian terhadap isu itu kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan itu masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka.
“ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan terbabit kurang penumpang.
Usaha ini dilihat dapat membantu syarikat bas henti-henti untuk meneruskan operasi di kawasan luar bandar dan pengguna di kawasan berkenaan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat pengangkutan bas henti-henti.
Dalam pada itu, menurut beliau lagi, sebuah syarikat yang beroperasi di Simpang Pertang di Jelebu, Gopi Travel Tours(GTT), adalah syarikat ke- 61 yang diluluskan SPAD bagi menyertai skim ini.
Skim ini dilihat dapat membantu para pengusaha syarikat bas henti-henti menampung kos kerugian yang berlaku akibat kekurangan penumpang.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber: Berita Harian