Seorang murid sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan, melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.
Kejadian berlaku pada Isnin lalu, sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu dari empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.
Kejadian berkenaan disedarinya ketika dia mengambil anaknya dari rumah adik bekas suaminya, 12.30 tengah hari, Jumaat lalu.
“Ketika saya hendak menjemputnya bercuti di rumah, saya dapati terdapat kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya” katanya.
Dikatakan punca kesan lecur itu adalah kerana anak kecil itu dipaksa minum air panas yang sedang menggelegak.
Dia kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada hari sama sebelum membuat laporan polis.
Tambahnya lagi mengatakan bahawa anak-anaknya juga tidak gemar apabila dihantar ke rumah bapanya. Mungkin, kerana hal seperti ini lah yang menyebabkan anak-anaknya berasa sangat takut.
Hati ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.
Katanya lagi, selepas mengalami masalah kewangan, dia menyerahkan hak penjagaan kepada suaminya. Pada masa ini, isu hak penjagaan anak sedang berlangsung di Mahkamah Syariah, namun sekiranya kes ini mengambil masa yang panjang, saya khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku ke atas anak-anaknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu kandung kanak-kanak terbabit.
“Ibu mangsa yang berusia 35 tahun ada membuat laporan di Dang Wangi, 7.30 malam Sabtu lalu.
“Bagaimanapun, berdasarkan laporan, kejadian didapati berlaku di Lenggeng, Negeri Sembilan. Kes akan diserahkan kepada pegawai penyiasat (IO) di IPD Nilai,” katanya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com