Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah masyarakat tidak kiralah mereka yang menetap di Malaysia ataupun luar negara, semestinya terdapat golongan yang akan meletakkan kereta mereka sesuka hati.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini akan menyusahkan orang ramai dan juga diri anda sendiri.

kereta

Di China, seorang pemandu yang mempunyai tabiat meletak kenderaan dengan sesuka hati telah diberi ‘pengajaran’ paling berguna agar tidak mengulangi kesalahan sama. Keretanya telah diangkat ke atas bumbung.

Dia merupakan pemandu di Wilayah Hubei, Beijing dan merupakan antara ‘mangsa’ yang berdepan dengan tindakan itu selepas dia didapati meletak kereta di tempat tidak sepatutnya, di dalam sebuah garaj bas.

kenderaan

Pekerja di garaj itu kemudian mengambil langkah paling drastik dengan mengangkat kenderaannya menggunakan kren dan meletakkannya di atas bumbung garaj berkenaan.

BACA JUGA :   Penang Makin "Padat", Caj Untuk Kenderaan Luar Akan Dikenakan.

Kes terbaru itu bukan kali pertama berlaku, malah beberapa insiden seumpama pernah dilaporkan sebelum ini.

Satu rakaman video yang tersebar turut menunjukkan kejadian terbaru yang berlaku garaj bas Huantong di daerah Xishui.

kereta
Gambar Hiasan

Difahamkan, kereta warna perak itu ditinggalkan di dalam garaj bas terbabit tanpa kebenaran.

Pada Ogos lalu, seorang wanita dikatakan meletak kenderaannya tanpa kebenaran di sebuah blok perumahan di bandar Benxi selama 38 jam dan enggan membayar denda dikenakan terhadapnya.

Akibat kedegilannya, pengurus perumahan itu menyewa sebuah kren dan meletakkan kereta wanita terbabit di atas bumbung.

kereta
Gambar Sekadar Hiasan

Harapnya perkara ini dijadikan pengajaran buat anda. Adalah sangat penting untuk menjaga kemaslahatan orang lain. Di samping itu juga menjaga kebajikan sesame masyarakat.

BACA JUGA :   Belajar Ke Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here