Kemenangan berturut-turut dalam padang bola sepak bukan bermakna ia kekal menjadi milik kita di hari esok. Namun begitu, pengurus pasukan JDT Ulisses Morais telah berjaya membimbing anak buahnya untuk kekal menang dalam dua perlawanan berturut-turut.
Sungguhpun begitu, Morais tetap sukar menarik nafas dengan lega kerana mereka akan bertembung di pentas pihak lawan di Kuala Lumpur, Cheras. Debaran sentiasa mengekori pengurus itu kerana ingin merebut 3 mata penting pada perlawanan itu nanti.
Pasukan Harimau Selatan itu tetap menyasarkan kemenangan, walaupun mereka hanya sekadar cukup merehatkan diri dari melakukan latihan. Seperti yang diketahui baru-baru ini pasukan JDT menampakkan tarinya apabila berjaya menumpaskan pasukan Kedah di laman sendiri (2-1) dan PKNS FC (3-1).
Morais turut berharap keadaan padang di Cheras itu nanti berada dalam keadaan baik susulan mendapat tahu bahawa stadium berkenaan baru sahaja membuat pembaikan. Hal ini kerana, bagi beliau mengetahui keadaan padang itu sangat penting untuk mengekalkan corak permainan bila beraksi.
“Saya dan pasukan sudahpun membuat analisis corak permainan pihak lawan, dan setiap pemain saya arahkan untuk terus kekal fokus bila berentap di tempat lawan. Mengekalkan momentum permainan itu penting dan elakkan dari melakukan kesilapan,” kata pengendali JDT itu.
Dijangkakan pasukan JDT akan beraksi dengan pemain kesebelasan utama dalam pertemuan menentang pasukan Kuala Lumpur nanti. Benteng pertahanan mereka juga akan tetap kukuh kerana perlawanan menentang PKNS baru-baru ini Marcos Antonio tidak dilihat beraksi di atas padang dan beliau mempunyai rehat yang cukup untuk beraksi.
Pasukan PKNS juga dilihat seperti luka berdarah kembali apabila dua kali tewas seterusnya gagal mengutip mata perlawanan. Mereka pastinya ingin mengubat luka yang dialami, jika tidak darah kekalahan akan terus mengalir. Oleh itu, JDT cukup dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati kerana PKNS juga akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka menang.
“Perlawanan ini akan membuahkan kami 3 mata untuk dibawa pulang atau kehilanganya jika kalah di pentas perlawanan itu nanti,” kata Morais.
“Tidak salah jika penyokong membanjiri ‘stadium Cheras” nanti kerana penyokong adalah semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih baik,” tambahnya lagi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : BH