Harga barang kian meningkat saban hari, namun tahukah anda terdapat sebuah gerai makanan di Tedong Pekan, Melaka ada menyediakan sajian sarapan berharga 50 sen sahaja.

50 sen

Harga itu bukan bagi segelintir makanan atau minuman sahaja, sebaliknya semua juadah yang dijualnya termasuk nasi lemak, roti canai, lontong, mi goreng, kuih-muih dan lain-lain.

Pemilik kedai, Abd Rahman Abd Hamid, 60, berkata, usaha tersebut bagi membantu masyarakat setempat khususnya mendapatkan sarapan pagi pada harga lebih rendah.

Menurutnya, tawaran tersebut dibuat pada hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan seawal kedai dibuka sehingga jam 11.00 pagi.

“Sekitar jam 5.00 pagi, sudah ada pelanggan yang datang nak menikmati sarapan di sini.

BACA JUGA :   Hilangnya Perikemanusiaan, Remaja Dipukul Kerana Curi Wang Datuknya

“Lebih mengejutkan apabila pelanggan tidak putus-putus dan dalam masa empat jam sahaja, sarapan yang dijual hampir habis kerana sambutan begitu menggalakkan.

“Saya jangka lebih 400 pelanggan menyerbu kedai ini sehingga salah satu juadah istimewa, kuih kundas yang kami sediakan sebanyak 10 kilogram habis,” katanya.

50 sen Jelas Abd Rahman, program Kafe Rakyat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tedong bersama PDM Tedong itu, membantu memperkenalkan kedai makannya kepada orang ramai.

“Bagi saya, walaupun hanya 50 sen dikenakan kepada pelanggan tetapi ia bukanlah satu kerugian sebab hanya satu hari dalam sebulan ia dilaksanakan.

“Pada hari-hari lain, saya masih kekalkan harga sama, malah saya beruntung sebab lebih ramai yang datang ke sini kerana program ini,” katanya.

BACA JUGA :   Harga Gula Turun. Apa Nasib Harga Makanan? Naik Ke Turun?

Abd Rahman akui sangant bersyukur kerana selain meringankan beban pelanggan, dia juga dapat beramal.

“Jual murah-murah pun takpe, asalkan dapat berkongsi nikmat bersama orang lain,” katanya.

50 sen

Kepada anda yang berada berdekatan dengan kedai tersebut, jangan lepaskan peluang untuk merasai juadah sarapan berharga 50 sen yang disediakan. Kenyang perut hati pun gembira.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here