Setelah teruk dikritik di atas kekalahan berturut-turut di dalam saingan Liga Perdana Inggeris beberapa minggu yang lalu, kali ini pasukan Arsenal kembali mempamerkan aksi mantap untuk membenam Watford 3-0 di laman sendiri.

Arsenal watford

Susulan kemenangan bergaya itu, skuad The Gunners bukan sahaja mengutip tiga mata berharga malah turut memecahkan tiga rekod penting Liga Perdana Inggeris.

Justeru, di sini kami senaraikan rekod-rekod yang berjaya dipecahkan Arsenal pada perlawanan malam semalam :

#1. Perlawanan ke-200 Tanpa Bolos Untuk Petr Cech

Arsenal
Petr Cech

Penjaga gol berpengalaman dari Republik Czech  itu merupakan penjaga gol pertama di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang berjaya mencapai rekod 200 perlawanan tanpa bolos. Petr Cech terpaksa menunggu 11 perlawanan sebelum akhirnya dapat meraikan kejayaannya itu.

Lebih manis lagi, Cech berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada pihak lawan pada perlawanan malam semalam untuk memastikan gawang Arsenal tidak dibolosi.

BACA JUGA :   Arsenal Hanya Mahukan Allegri Atau Luis Enrique Sebagai Pengurus Baru

#2. Mesut Ozil Jadi Pemain Terpantas Capai 50 Assists

Arsenal
Mesut Ozil

Satu detik yang membanggakan buat Mesut Ozil apabila pemain antarabangsa Jerman itu menjadi pemain terpantas di dalam sejarah liga yang membekalkan 50 assists. Ozil berjaya melakukannya di dalam 141 perlawanan, sekali gus memotong rekod yang dipegang Eric Cantona sebelum ini dengan 143 perlawanan.

Ozil sememangnya dikenali sebagai seorang pemain yang gemar mencipta peluang dan hantaran gol kepada ahli pasukannya. Sebab itulah Ozil diberi jolokan ‘The Assist King’ di Eropah.

Pada perlawanan menentang Watford, hantaran sepakan percuma daripada Ozil disudahkan menerusi tandukan padu daripada Shkodran Mustafi untuk meletakkan Arsenal di depan seawal minit ke-8 perlawanan.

#3. Gol ke-1000 Dijaringkan Arsenal di Laman Sendiri

Arsenal

Gol daripada Mustafi pada perlawanan itu juga melengkapkan gol ke-1000 yang berjaya dijaringkan oleh The Gunners di laman sendiri di dalam saingan liga.

BACA JUGA :   Patrick Vieira Antara Calon Utama Menggantikan Arsene Wenger ?

Arsenal sebelum ini bermain di stadium Highbury sebelum berpindah ke stadium yang lebih besar iaitu Emirates Stadium pada tahun 2006.

Dengan kemenangan ini, Arsenal masih di tangga ke-6 liga dan ketinggalan 10 mata untuk merebut tempat automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Watford pula berada di tangga ke-10 selepas kekalahan malam semalam.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan Liga Perdana Inggeris, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here