airasia

Muhammad Adam Rashidi Mohd Rafiq, kanak-kanak berusia 6 tahun berjaya memenangi sejuta BIG Point AirAsia apabila idea kreatifnya menghasilkan sebuah video pendek berdurasi 15 saat yang berkisarkan kisah siri animasi Ejen Ali, berjaya menambat hati juri.

 

Hebat dik! Baru berusia 6 tahun tetapi mempunyai idea yang sangat kreatif. Tahniah dan teruskan usaha.

Muhammad Adam Rashidi Mohd

Muhammad Adam merupakan peminat setia siri animasi terkemuka itu, dan tidak pernah melepaskan untuk menonton aksi hebat Ejen Ali di kaca televisyen setiap hari Jumaat. Apabila selalu melihat siri animasi tersebut, Adam mula terfikir satu idea untuk diterjemahkan kepada sebuah video pendek berdurasi 15 saat mengenai Ejen Ali.

Adam mengambil keputusan untuk menghantar klip video tersebut menerusi akaun ibubapanya ketika pertandingan berlangsung pada September lalu.

Justeru, kepada adik-adik di luar sana kalau ada idea tu cuba zahirkan dan jangan simpan, mana tahu idea adik tu jadi kenyataan macam Muhammad Adam ni.

BACA JUGA :   Siapa Dah Jadi Ahli AirAsia BIG? Berita Gembira Buat Anda

“Video yang dihasilkan itu adalah daripada cetusan ideanya sendiri. Adam begitu teruja dan kreatif ketika melakukan penggambaran video di sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan,” ujar bapanya, Mohd Rafiq.

Hasil daripada kemenangan itu, Adam berhasrat membawa keluarganya menunaikan umrah dengan mata ganjaran yang berjaya dimilikinya.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee, berkata kerjasama berkonsepkan #MisiAspirasiAirAsia adalah bertujuan untuk menggalakkan para generasi muda untuk mengetengahkan bakat masing-masing dengan cara yang menyeronokkan.

Kerjasama yang terjalin antara Ejen Ali dan AirAsia telah memberi peluang dan pengalaman indah menerusi #MisiAspirasiAirAsia dalam mengejar impian mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, menyifatkan pelancaran pakaian khas tersebut adalah peristiwa sangat bermakna buat Ejen Ali kerana ia adalah siri animasi Malaysia pertama yang berpeluang terbang bersama AirAsia.

BACA JUGA :   Didenda Sebanyak RM6,000 Kerana Merokok Dalam Pesawat

“Kami amat berpuas hati dengan pencapaian penghasilan siri kartun Ejen Ali kini dizahirkan pada sebuah pesawat AirAsia. Malah, kami juga berharap lebih ramai kanak-kanak akan tertarik dengan aksi hero cilik ini, disamping mendorong mereka untuk melakukan sesuatu yang hebat,” ujarnya.

Diharapkan kerjasama yang terjalin itu dapat membuka lebih banyak peluang untuk industri animasi berkembang maju. Pencapaian dalam penghasilan animasi Malaysia juga dilihat sudah sampai kepada tahap baru.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here