sarawak

Umum mengetahui Sarawak merupakan pengeluar terbesar nanas di Malaysia.  Sehubungan itu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebagai agensi peneraju utama pembangunan industri nanas sedang giat mempromosikan tanaman itu di negeri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata LPNM yang mula beroperasi di negeri Sarawak pada tahun 2010 telah memberi bantuan kepada kira-kira 600 penanam nanas di seluruh negeri ini sehingga penghujung tahun 2017 dengan keluasan tanaman 800 hektar.

sarawak

Menurut Nogeh, kerajaan telah mengenal pasti nanas sebagai satu sumber kekayaan baharu yang apabila diusahakan secara serius dan bersungguh-sungguh serta penuh komitmen mampu meraih pulangan yang sangat memuaskan.

“Nanas merupakan tanaman yang sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber pendapatan yang lumayan,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan skim bantuan penanaman nanas LPNM di Kampung Stenggang di sini malam tadi.

BACA JUGA :   KSMU: Universiti Terbaik Untuk Lanjut Pengajian Dalam Bidang Perubatan.

sarawak

Seramai 10 peserta menerima bantuan berkenaan yang masing-masing bernilai RM5,500 seorang merangkumi bantuan benih, racun, baja dan hormon.

Nogeh berkata bagi tahun 2018 LPNM menyasarkan pertambahan kawasan baharu sejumlah 80 hektar di Sarawak.

sarawak

Selain penanaman nanas Moris (Sarikei) dan nanas N36 yang terus mendapat permintaan yang tinggi, LPNM sedang giat mempromosikan penanaman nanas premium MD2 untuk tujuan eksport memandangkan ia mendapat permintaan sangat tinggi di pasaran dunia termasuk di China.

Katanya, projek perintis penanaman nanas premium MD2 seluas lapan hektar telah dilaksanakan di Kampung Padang Pan, Bau dan akan dikembangkan ke kawasan lain setelah menghasilkan bibit yang mencukupi kelak.

“Dengan potensi yang sangat luas, Sarawak dilihat mampu membantu melonjakkan industri nanas negara dan peluang ini patut direbut oleh rakyat negeri ini,” katanya.

BACA JUGA :   Kerajaan Nak Bagi Subsidi Bersasar Guna Kad Khas untuk B40

Pada majlis itu Nogeh yang juga Ahli Parlimen Mas Gading turut menyampaikan bantuan kewangan kepada lebih 100 ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya (OKU).

sarawak

Usaha ini disambut baik oleh penduduk setempat. Potensi menjadikan Negeri Sarawak pengeluar nanas terbesar Malaysia ke luar negara dilihat akan meningkatkan ekonomi negara secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini membantu kadar pengurangan pengangguran di Malaysia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here