PC Gabon Upstream S.A. (PCGUSA), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mendedahkan bahawa mereka telah menemui sumber minyak dan gas baru di telaga cari galinya, Boudji-1 di Blok F14 (Likuale), Gabon Selatan.

petronas

Telaga cari gali laut dalam berkenaan digerudi dengan kedalaman 2,800 meter dan menemui 90 meter pasir pragaram yang mengandungi hidrokarbon berkualiti tinggi.

Penemuan itu menandakan satu pencapaian besar buat Petronas, seiring dengan usahanya mengembangkan pertumbuhan hiliran di Afrika Barat, dan membuktikan keupayaan cari gali sempadan dan operasi laut dalam.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran, Datuk Mohd Anuar Taib berkata penemuan tersebut merupakan perkembangan positif bagi syarikat gergasi tersebut.

petronas
Datuk Mohd Anuar Taib

“Ia adalah perkembangan menggalakkan bagi Petronas memandangkan syarikat terus berusaha mencapai pertumbuhan aktiviti di luar Malaysia, seiring strategi memperluaskan perniagaan minyak dan gas utama kami menerusi penambahan jumlah sumber,” katanya.

BACA JUGA :   Kilang Petrokimia Kompleks Bersepadu Pengerang Meletup

“Selain memajukan industri minyak dan gas Gabon, penemuan tersebut akan merancakkan lagi aktiviti pertumbuhan di rantau itu, di samping melengkapkan pencapaian Petronas ke arah membangunkan portfolio laut dalam yang lebih kukuh di peringkat dunia”, tambahnya lagi.

Justeru, Petronas bersama-sama Kementerian Petroleum dan Hidrokarboh Gabon akan melaksanakan penilaian selanjutnya untuk menentukan aspek pengkomersialan bagi jumlah sumber berkenaan.

Setakat ini, portfolio laut dalam Petronas merangkumi perkongsian medan laut dalam Gumusut-Kakap, Malikai dan Kikeh yang terletak di luar pesisir Sabah.

petronas

Selain itu, akan terdapat dua lagi projek pembangunan laut dalam baharu bagi portfolio itu, iaitu medan Limbayong di Sabah dan Kluster Kelidang di Brunei.

BACA JUGA :   UTP Menang 13 Anugerah Di Ekspo Teknologi Malaysia

Petronas berkata, operasi huluan global syarikat terus berkembang di Mexico selepas memperolehi enam blok laut dalam menerusi pusingan bidaan 2.4 dan sekali gus meletakkannya sebagai pemegang keluasan ekar kasar kedua terbesar di luar pesisir Mexico dengan keseluruhan sembilan blok.

Dalam usaha memperkukuhkan lagi kedudukan syarikat di Afrika Barat, Petronas baru-baru ini telah menandatangani Perjanjian Penjualan Sebahagian Kepentingan dengan FAR Ltd, Australia.

Sumber :

Bernama, Utusan Borneo

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here