Malaysia Syurga Snorkelling
Pulau-pulau indah di Malaysia sememangnya sangat popular bagi kalangan penggemar-penggemar aktiviti snorkelling dari seluruh dunia. Air laut biru yang jernih ditambah dengan terumbu karang yang cantik pasti membuat sesiapa sahaja terpikat.
Di sini kami senaraikan pulau-pulau terbaik di Malaysia yang wajib anda lawati untuk snorkelling di samping melihat keindahan pemandangan dasar laut (sesetengah lokasi memerlukan lesen menyelam).
#1. Pulau Sipadan
Pulau Sipadan adalah satu-satunya pulau yang dibina di atas bukit gunung berapi daripada dasar laut di sekelilingnya. Air biru di sini adalah sedalam 500 meter. Pulau ini boleh disifatkan umpama taman yang dihiasi batu karang menawan.
Bagi anda yang masih baru dalam aktiviti snorkelling, kami cadangkan anda menyelam dalam linkungan kawasan 3-6 meter. Berenang bersama sang penyu dan ikan nuri di Turtle Tomb. Rasai juga keterujaan dikelilingi ikan warna-warni di Barracuda Point dam Mid-Reef, syurga kepada segala ikan terumbu karang.
#2. Pulau Langkawi
Snorkelling adalah satu aktiviti yang wajib dilakukan sekiranya anda bercuti di Langkawi. Destinasi terbaik bagi snorkelling di sini adalah di Pantai Teluk Datai dan Pulau Chabang (kira-kira 10 minit berjalan kaki daripada Pantai Tanjung Rhu).
Memandangkan Pantai Teluk Datai adalah pantai yang khas dan ekslusif, kami sarankan anda menginap di Resort Andaman ataupun Resort Datai. Anda juga boleh menaiki bot ke Taman Marin Pulau Payer dan Pantai Pulau Dangli. Jika tidak keberatan, berbual lah dengan operator bot dan tanyakan kepadanya bilakah waktu yang sesuai untuk menyelam dan meneroka terumbu karang di sana.
#3. Pulau Redang
Kesemua resort di Pulau Redang menawarkan perkhidmatan snorkelling kepada pengunjung dengan bayaran RM30 sehari bagi caj penyewaan alatan snorkelling. Anda tidak perlu risau kerana disini ada pembantu yang akan menolong anda di dalam penerokaan snorkelling serba mencabar.
Terokai Tanjung Tengah, yang digelar Teluk Jerung di mana anda berpeluang melihat sekumpulan anak jerung hitam di antara bulan April dan Ogos. Pastikan juga anda menyelam dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan kepada batu karang di situ.
Anda juga boleh berjalan-jalan di Tanjung Mak Cantik yang terletak di sepanjang hamparan berbatu di sebelah kanan. Sisi kiri singkapan batu adalah untuk penyelam yang berpengalaman. Lawati juga Pusat Taman Laut yang bakal menemukan anda dengan kepelbagaian aneka terumbu karang serta dipenuhi dengan hidupan laut yang mengujakan.
#4. Pulau Tioman
Snorkelling di Pulau Tioman adalah satu aktiviti popular bagi pelancong-pelancong yang datang ke sini. Terdapat banyak ‘lubuk’ snorkelling termasuklah resort percutian yang menawarkan servis penyewaan alatan kurang daripada RM100 seorang.
Pulau Batu Karang dan Batu Malang turut mempunyai aneka hidupan laut untuk diterokai. Pulau Renggis adalah salah satu lokasi terbaik untuk snorkelling di pulau indah ini. Airnya yang cetek membekalkan pemandangan dasar laut yang diwarnai pelbagai bentuk terumbu karang. Bermain lah dengan sang penyu, ikan puffer dan ikan badut di Pantai Salang.
#5. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian adalah salah satu pulau yang sangat dicadangkan bagi anda yang ingin belajar menyelam. Kami sarankan anda mengikuti Padi Open Water Course di Anti-Gravity Divers Dive School. Dibimbingi oleh tenaga pengajar profesional, anda akan dibawa ke destinasi dasar laut yang cukup cantik dikellilingi hidupan laut dan batu karang semula jadi.
Lokasi menyelam yang sering dikunjungi adalah Tokong Laut, Teluk Romantik dan Sugar Wreck. Selain itu, anda juga boleh snorkelling berdekatan dermaga jeti di Pantai Panjang ataupun sertai lawatan snorkelling di Sea Sport Centre dengan bayaran RM40 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak.
#6. Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Taman Laut Tunku Abdul Rahman adalah syurga kepada hidupan-hidupan laut tropika yang indah. Mulakan perjalanan snorkelling anda dengan menempah sesi di Downbelow’s PADI 5 Star IDC Dive & Adventure Centre di Pulau Gaya. Anda akan dibawa mengharungi satu pengembaraan ke lokasi-lokasi menyelam termasuklah Pulau Gaya, tapak luar pesisir laut, Pulau Tiga dan Mantanini.
Kawasan-kawasan tersebut sangatlah sesuai untuk penyelam tahap ‘beginner’ dan juga yang berpengalaman. Lebih menarik, anda dapat merasai keterujaan bergambar di dasar laut bersama ikan-ikan dan terumbu karang. Pilih sama ada anda inginkan Open Water Diver, Advanced Open Water Diver ataupun Refresher Courses sebelum anda menyelam dii Kapalai, Sipadan dan juga lokasi-lokasi lain.
#7. Pulau Layang-Layang
Pulau Layang-Layang sering diberi jolokan sebagai Permata Borneo kerana lokasinya yang dekat dengan Kota Kinabalu, Sabah. Pulau ini mempunyai pemandangan dasar laut yang begitu memukau kerana dikelilingi 13 dinding batu karang yang saling berhubung dan hidupan laut besar di dalam air yang cukup jernih bak kristal.
Alami juga keindahan lokasi menyelam seperti Crack Reef, Dogtooth Lair, D’Wall, Gorgonian Forest, Navigator’s Lane and Shark’s Cave. Anda akan dapat melihat spesis-spesi hidupan laut ekslusif seperti ikan yu tukul, kuda laut kerdil, ikan alu-alu, ikan pari manta dan bermacam-macam lagi di sini.
Kami sarankan anda datang ke sini di antara bulan Mac dan Oktober bagi mengelakkan musim monsun yang kuat.
#8. Pulau Kapas
Pulau kapas adalah sebuah pulau yang agak kecil dan tidak dibanjiri ramai orang bagi aktiviti snorkelling. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 20-30 minit dengan menaiki bot daripada pesisir bandar Marang, Terengganu. Penyewaan alatan snorkelling di sini adalah sebanyak RM10 sehari.
Terdapat beberapa lokasi snorkelling yang menakjubkan di Pulau Kapas bagi menerokai pelbagai spesis ikan dan penyu. Kami cadangkan anda meneroka Berakit Reef, Japanese Landing Craft Wreck (sebuah kapal karam Jepun) serta Pulau Gemia. Buat tempahan anda di Aqua Spot Divers. Anda juga boleh mendapatkan lesen menyelam di sana.
#9. Pulau Mabul
Meluangkan masa dengan lawatan snorkelling selama sehari di Pulau Mabul bakal menemukan anda dengan hidupan laut terkecil dan yang paling jarang dijumpai berbanding di tempat-tempat lain. Untuk ke Pulau Mabul, anda boleh menaiki bot dari Semporna.
Berenang lah ke destinasi menyelam yang indah di Eel Garden, Ribbon Valley, Stingray City, Lobster Wall dan Panglima di mana anda dapat menyaksikan batu karang berwarna-warni, ikan alu-alu, belut, penyu, sotong, ikan pari dan banyak lagi. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat ikan yu paus di sini. Habiskan masa-masa terakhir anda di sini dengan bersantai di pantai Pulau Mabul.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tips-tips travel dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com