malaysia vs lubnan

Tan Cheng Hoe dijangka bakal menurunkan skuad kedua di dalam perlawanan kompetitif pertamanya sebagai pengendali Harimau Malaya menentang Lubnan setelah 14 orang pemain JDT dibenarkan pulang daripada kem latihan negara.

 

Justeru, di sini kami senaraikan barisan kemungkinan yang bakal diturunkan menentang Lubnan di dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 peringkat kumpulan. Untuk pengetahuan semua, perlawanan ini boleh disifatkan tidak begitu bermakna memandangkan Malaysia sudah gagal untuk melayakkan diri.

Penjaga Gol : Hafizul Hakim

malaysia vs lubnan

Penjaga gawang Perak ini merupakan penjaga gol pilihan pertama jurulatih sebelum ini, Nelo Vingada dan Cheng Hoe berkemungkinan besar akan menurunkannya.  Antara pilihan lain yang ada adalah Khairul Fahmi Che Mat dan penjaga gol PKNS, Shahril Saa’ri yang belum membuat sebarang penampilan untuk negara.

Walaubagaimanapun, Cheng Hoe dilihat tidak mahu melakukan terlalu banyak perubahan. Hafizul adalah pilihan yang mudah kerana 2 orang pertahanan tengah skuad negara juga daripada pasukan Perak. Jadi, sudah timbul keserasian di situ.

Bek Kiri : Nazirul Naim

Seorang pertahanan kiri yang berpengalaman di peringkat antarabangsa. Ketiadaan La’Vere Corbin-Ong dan Fazly Mazlan menjadikan Nazirul selaku pilihan utama.

Bek tengah : Shahrul Saad

Ramai pihak yang terkejut apabila Shahrul Saad tidak menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama ketika menentang Mongolia tempoh hari memandangkan prestasinya dilihat lebih mantap berbanding Adam Nor Azlin.

Shahrul boleh disifatkan sebagai bek tengah terbaik di dalam skuad negara ketika ini dan beliau menampilkan aksi yang cukup membanggakan bersama pasukan Perak.

BACA JUGA :   Harimau Malaya Antara Yang Terendah Dalam Carta FIFA?

Bek Tengah : Irfan Zakaria

malaysia vs lubnan
Kredit foto : Mohammad Nur Ridzuan / www.asiana.my

Pertahanan skuad Malaysia B-23 ini belum membuat penampilan untuk skuad Harimau Malaya. Di dalam saingan liga pula, Irfan bermain di posisi tengah untuk pasukan Kuala Lumpur.

Namun Cheng Hoe tiada banyak pilihan. Prestasinya yang lebih mantap berbanding Syawal Nordin serta kebolehannya mengawal bola mungkin berjaya memikat hati jurulatih tersebut.

Bek Kanan : Matthew Davies

malaysia vs lubnan

Kapten Pahang ini dilihat sungguh mengecewakan ketika menentang Mongolia ditambah dengan hantaran lintangnya yang banyak tidak menjadi.

Walaubagaimanapun, aksi menentang Lubnan kali ini sangat menguji kekebalan barisan pertahanan yang akan diuji dengan kerap. Justeru, Davies perlu mempamerkan aksi bertenaga di bahagian pertahanan.

Pemain Tengah : Akram Mahinan

Khidmat pemain Kedah ini sangat ditagih di tengah padang kerana kekuatan fizikal yang dimilikinya.

Pemain Lubnan dijangkan bakal mendominasi perlawanan dan Akram perlu melakukan sehabis baik bagi mempertahankan barisan pertahanan. Akram juga telah mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan bersama Kedah musim ini.

Pemain Tengah : Nazmi Faiz Mansor

malaysia vs lubnan
Kredit foto : Nizam Rahman – www.asiana.my

Nazmi mencuri perhatian ramai pihak dengan kreativitinya di tengah padang namun ‘sengatnya’ dilihat kadang kala tenggelam di dalam perlawanan besar.

Menentang Lubnan, tugas Nazmi ternyata akan lebih banyak mengejar bola dan menyukarkan pihak lawan untuk beroperasi di tengah padang.

Sayap Kiri : Nor Hakim Hassan

Ketiadaan Hakim di dalam senarai pemain yang dipanggil Cheng Hoe untuk mewakili skuad negara menimbulkan pelbagai tanda tanya. Namun, dia kembali dipanggil untuk menggantikan pemain-pemain JDT.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Tan Cheng Hoe Utamakan Pemain 'Naturalisasi' Untuk Wakili Skuad Kebangsaan

Sayap kiri pasukan Perak ini menunjukkan aksi yang konsisten bersama Perak dan memberikan ancaman berbahaya ketika menyerang. Ini terbukti dengan statusnya sebagai pilihan utama di hadapan Nazrin Nawi dan Misagh Bahadoran di dalam skuad Seladang.

Sayap Kanan : Wan Zack Haikal

malaysia vs lubnan

Pemain sayap Felda ini hanya menjadi pemain simpanan ketika menentang Mongolia. Kali ini, Wan Zack mungkin berada di dalam kesebelasan utama.

Wan Zack sudah banyak kali bermain di dalam skuad negara sejak pertama kali membuat kemunculan kira-kira sedekad yang lalu. Walaubagaimanapun, peminat-peminat pastinya mengharapkan pemain ini mampu mengulangi prestasi lincahnya ketika di Harimau Muda.

Penyerang : Syafiq Ahmad

Pemain simpanan JDT ini dilihat menghampakan di bangku simpanan jika dibandingkan dengan Akhyar Rashid. Namun Cheng Hoe pastinya mahukan memberikan peluang dan pendedahan kepada pemain-pemain muda.

Penyerang : Jafri Firdaus Chew

malaysia vs lubnan

Terdapat banyak sebab mengapa Cheng Hoe menganggap Jafri sebagai tonggak penyerang jangka masa panjang.

Pertamanya, Jafri kini di bawah bimbingan K. Rajagobal. Di dalam skuad Semut Merah pula, Jafri bermain bersama Safee Sali yang akan banyak memberinya tunjuk ajar.

Tambahan pula, Jafri dan Syafiq Ahmad sudah biasa bermain bersama di peringkat junior.

Sumber : FourFourTwo

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dunia sukan dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here