Pasukan Harimau Selatan (JDT) kini berdepan tugas sukar untuk melayakkan diri ke pusingan kedua AFC Cup apabila tewas 0-4 kepada Persija Jakarta di dalam aksi di Stadium Bung Karno baru-baru ini.
Kekalahan tersebut meletakkan JDT di tangga ketiga Kumpulan H dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri serta dua kalah. Dengan berbaki satu sahaja lagi perlawanan, JDT masih boleh layak tetapi memerlukan sedikit ‘keajaiban’ di dalam perlawanan menentang pasukan di tangga kedua, Song Lam Nghe An pada 24 April nanti.
Persija dan Song Lam masing-masing mempunyai 10 mata, tetapi Persija mendahului kumpulan kerana mempunyai rekod pertembungan (head-to-head) yang lebih baik.
Satu-satunya cara untuk pasukan bimbingan Raul Longhi layak adalah mereka perlu menang besar ke Song Lam dengan perbezaan jaringan sekurang-kurangnya 3 gol. Selain itu, JDT juga perlu mengharapkan agar keputusan-keputusan perlawanan lain berpihak kepada mereka.
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, JDT akan layak ke pusingan kedua AFC Cup dengan status pasukan kedua terbaik bagi zon ASEAN.
Pada perlawanan terbaru menentang Persija Jakarta, empat gol jaringan bekas penyerang Melaka United, Marko Simic membuatkan peluang JDT melangkah ke pusingan kedua semakin sukar.
Lebih malang lagi, JDT juga terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Adam Nor Azlin dilayangkan kad merah pada minit ke-78, manakala secara keseluruhan empat lagi kad kuning dikutip skuad Harimau Selatan itu.
Apa-apapun, diharapkan pasukan Harimau Selatan itu tidak berputus asa dan berjuang sehabis-habisan pada perlawanan terakhir AFC Cup nanti.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com