Apple iPhone Xs iPhone Xs Plus

Syarikat elektronik terkemuka dunia yang berpusat di California, Apple, dijangka mengeluarkan 2 lagi model telefon pintar terbaru pada hujung tahun ini.

 

2 model tersebut adalah iPhone Xs dan juga iPhone Xs Plus.

Kedua-dua model terbaru itu akan mempunyai skrin paparan yang lebih besar berbading model-model yang sudah dikeluarkan sebelum ini. Desas-desus mengatakan iPhone Xs akan mempunyai saiz yang sama dengan iPhone X iaitu 5.8 inci manakala iPhone Xs Plus pula dilengkapi dengan skrin lebih besar berukuran 6.5 inci.

Apple
iPhone X

Turut dilaporkan bahawa model-model itu akan mempunyai paparan skrin OLED.

Tambahan pula, Apple kini sudah menuju ke fasa di mana mereka mahu menggantikan sistem Touch ID kepada Face ID. Antara kelebihan Face ID adalah telefon tidak lagi memerlukan ruang untuk pengesan cap jari. Dengan itu, skrin yang lebih besar akan dapat dihasilkan di bahagian depan.

BACA JUGA :   Baru Beberapa Hari Dilancarkan, iPhone Baharu Dah Pun Ada Masalah

Justeru, kesemua model yang dikeluarkan pada tahun 2018 akan dilengkapi dengan Face ID.

Apple
Sistem Face ID yang diperkenalkan Apple.

Ramai pembeli yang agak tidak bersetuju dengan pengeluaran iPhone X sebelum ini kerana harganya yang mahal iaitu $999. Beberapa laporan mendedahkan Apple sudahpun mendesak para pembekal mereka untuk menurunkan kos supaya model-model terbaru ini dapat dijual dengan harga yang lebih murah.

iPhone Xs dijangka akan dijual pada harga $899 manakala iPhone Xs Plus pula berharga $999.

Jadi bagaimana, ada yang berminat nak beli ke ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Selepas Membaca, Mungkin Akan Menjadi Seorang Pakar Matematik

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here