Mo salah atau Mohamed Salah semakin menjadi bualan mulut di pentas dunia bola sepak selepas berjaya menunjukkan aksi dan prestasi sangat menarik sepanjang musim ini di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mo Salah kini sedang dalam usaha untuk menyasarkan gol terbanyak sekali gus memecahkan rekod bekas lagenda Ian Rush bersama Liverpool. Jika sebelum ini lagenda itu berjaya mengumpul jaringa sepanjang satu musim pada 1983-84.

Ketika ini Mo Salah berjaya mengumpul 40 gol untuk peribadinya dan hanya mempunyai perbezaan 7 gol berbanding bekas legenda Liverpool, Ian Rush itu.
Persoalannya, adakah beliau mampu untuk capai matlamat tersebut, sedangkan mereka hanya mempunyai empat perlawanan yang berbaki sebelum saingan EPL musim ini tamat. Manakala dua lagi saingan pada separuh akhir Liga Juara-Juara.
Sekurang-kurangnya Mo Salah perlu mendapatkan satu gol bagi setiap lima perlawanan dan dua gol lagi pada salah satu perlawanan yang berbaki. Jika berjaya memperoleh gol maka misi beliau akan tercapai.

Berita ini sungguh menggembirakan para peminat Liverpool dan khusus kepada peminat setia Mo Salah, tetapi mungkin juga berita ini menjadi kedukaan buat Chelsea fans kerana Mo Salah adalah bekas pemain Chelsea sebelum ini.
Mo Salah berkata, “masih ada peluang besar dihadapan untuk memecahkan rekod legenda Rush, jika rekod itu pecah saya berjaya melakukan sesuatu yang sangat besar untuk bergelar nombor satu,” ujarnya.
Oleh yang demikian, Mo Salah akan melancarkan misi tersebut kerana pada saat ini beliau sudah mempunyai 40 gol berjaya dihasilkan dan berbaki 7 saja lagi.

Bukan mudah untuk menempah nama sebaris bersama-sama pemain lagenda, tetapi pemain berkarisma itu akan berusaha dan mahu menjadi salah satu dari senarai lagenda di kelab besar seperti Liverpool.
Peluang untuk menambah jumlah jaringan Mo Salah masih mempunyai peluang untuk meraihnya. Pasukan Liverpool dijadualkan akan bertemu pasukan seperti berikut:
English Premier League
# Sabtu 5/4 (7.30PM): West Brom vs Liverpool
# Sabtu 28/4 (7.30PM): Liverpool vs Stoke City
# Ahad 6/5 (11.30PM): Chelsea vs Liverpool
# Ahad 13/5 (10.00PM): Liverpool vs Brighton
Champion League : Semi-Final
# Rabu 25/4 (2.45AM): Liverpool vs Roma
# Khamis 3/5 (2.45AM): Roma vs Liverpool
Sumber : Berita Harian
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com