National Aeronautics and Space Administration (NASA) kini sudah bersedia untuk melancarkan kapal angkasa pertama bagi tujuan penjelajahan menerokai matahari. Kapal angkasa itu diberi nama The Parker Solar Probe, sempena nama saintis Eugene Parker yang pertama sekali mengeluarkan teori tentang kewujudan angin solar.
Dilaporkan, kapal itu juga bakal menjadi alat buatan manusia pertama yang berjaya menyentuh matahari.
Mengikut jadual, The Parker Solar Probe akan berlepas ke angkasa pada 31 Julai 2018. Sebelum itu, pemasangan akhir kapal tersebut akan berlangsung di Operasi Angkasa Astrotech sebelum dibawa ke Florida.
Kapal itu akan dilancarkan dari Kennedy Space Center di Florida, dan akan memulakan misi selama tujuh tahun untuk membuat pemerhatian tentang bintang-bintang di alam semesta. Selain itu, pemerhatian tersebut juga akan digunakan untuk merungkai persoalan-persoalan sains kosmos yang masih belum dapat dijawab sehingga kini.
Paling penting, data yang dikumpulkan daripada misi itu akan dapat membantu NASA membuat ramalan cuaca di alam semesta. Misi itu bakal menelan kos sebanyak $1.5 billion.
Kapal tersebut akan membuat sebanyak 24 lintasan di matahari semasa ia mengorbit. Pada titik terdekatnya, ia akan mencapai jarak 3.9 juta batu, di mana suhu yang akan dikenakan adalah cukup panas untuk mencairkan keluli.
Perisai karbon tebal yang dipasang akan menghalang kapal itu daripada musnah dek kepanasan bahang matahari ketika mengumpulkan data, dan dijangka dapat memberikan beberapa imej visual yang jelas pada masa yang sama.
Tahniah dan syabas kepada NASA !
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com