Tiada apa yang lebih melecehkan daripada mempunyai telefon pintar yang perlu dicaj dengan kerap. Lepas dah siap caj, guna sekejap je tapi battery turun macam air. Paling geram, bila battery low dan mati apabila call penting masuk. Nak angkut powerbank yang besar gedabak tu kehulu kehilir pun kadangkala menyusahkan.
Hmmm tahukah anda, ada banyak sebab mengapa bateri smartphone anda cepat habis tanpa anda sedari ?
Di sini kami rungkaikan apakah sebab-sebabnya :
#1. Mengemaskini iPhone Dengan iOS Terbaru
Selepas mengemaskini iPhone, ramai pengguna yang mengakui bateri telefon mereka cepat menjadi lemah. Sebenarnya, perkara ini berlaku kerana mengemaskini telefon akan menyebabkan segala tetapan kembali kepada konfigurasi asal.
Jadi, apa yang patut anda lakukan adalah mengubah kembali segala tetapan telefon kepada tetapan yang anda inginkan seperti sebelum-sebelum ini.
#2. Mengaktifkan GPS dan Location Services
Menggunakan perkhidmatan location services akan menjadikan bateri cepat habis memandangkan smartphone akan sentiasa dihubungkan dengan GPS. Oleh itu, pastikan anda hanya mengaktifkan locations services ketika diperlukan sahaja dan bukannya sepanjang masa.
#3. Menggunakan Aplikasi Dengan “Background Activity”
Ketika memeriksa tetapan telefon, perhatikan juga aplikasi-aplikasi yang banyak menghabiskan bateri. Sekiranya ada di antara aplikasi itu yang disenaraikan sebagai background activity, anda boleh memilih untuk tidak mengaktifkannya ketika aplikasi tersebut tidak digunakan.
Satu lagi, setkan tetapan telefon anda untuk tidak menerima notifikasi daripada terlampau banyak aplikasi bagi memastikan bateri tidak cepat habis.
#4. Menetapkan Paparan Skrin Terlalu Cerah
Paparan skrin yang terlalu cerah sememangnya menghabiskan banyak bateri. Sekiranya bateri telefon sudah lemah, pastikan anda turunkan sedikit kecerahan paparan skrin anda. Satu lagi cara, gunakan fungsi auto-brightness untuk membolehkan smartphone anda mengubah kecerahan mengikut keadaan cahaya di sekeliling.
#5. Membuka Bluetooth Sepanjang Masa
Ramai di antara pengguna smartphone yang membuka bluetooth untuk menghubungkan pemain muzik mereka dengan aplikasi seperti Spotify, Joox dan bermacam-macam lagi. Namun, ramai yang lupa untuk menutup fungsi bluetooth apabila tidak digunakan dan ianya mengakibatkan bateri cepat menjadi lemah.
Menurut Apple juga, menggunakan Wi-Fi berbanding mobile data akan lebih menjimatkan bateri. Jadi, pastikan anda hubungkan telefon ke jaringan Wi-Fi sekiranya boleh. Apabila anda berada di kawasan yang jaringannya lemah, tukar tetapan telefon ke airplane mode kerana telefon akan banyak menggunakan bateri untuk cuba mendapatkan jaringan.
Diharapkan tips-tips ini dapat membantu anda menjimatkan bateri smartphone di masa akan datang.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com