Hari ini, proses pembuangan undi di seluruh negara melibatkan seramai 2,333 calon yang bertanding bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), secara rasmi bermula.
Setiap parti politik giat menjalankan kempen terakhir malam tadi sebelum hari mengundi., hari ini. Lebih menarik lagi, dalam kempen terakhir PAS Terengganu berkata bahawa mereka akan mengisytiharkan 10 Mei ini, iaitu sehari selepas tarikh mengundi sebagai cuti khas jika parti itu berjaya mengambil alih pentadbiran di Terengganu.
Ini merupakan permulaan, apabila parti itu berjanji akan menghapuskan tunggakan saman peniaga di premis bawah pihak berkuasa tempatan dan tunggakan serta kutipan cukai pintu.
Di samping itu, penangguhan bayaran bagi pinjaman Yayasan Terengganu selama dua bulan juga akan dilakukan oleh pentadbiran dibawah parti ini sebagai hadiah bersempena bulan Ramadhan dan Syawal nanti.
Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Hussien Awang, “tawaran ini akan dilaksanakan dalam masa 30 hari selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri dan ini adalah tanda terima kasih PAS kepada rakyat yang menyokong kami selama ini”
Hal ini kerana, PAS dilihat berpeluang untuk menang di negeri itu pada pilihan raya kali ini. Pada penggal lalu, BN hanya memegang majoriti mudah dengan 17 kerusi DUN, berbanding PAS (14) dan HARAPAN (1).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan penuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dapat diumumkan kira-kira jam 10 malam ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata keputusan akan terus diumumkan sebaik diperoleh.
Jika mendapat keputusan lebih awal, SPR akan umum lebih awal sebelum jam 10 malam ini.
Oleh kerana keadaan cuaca pada hari pengundian diramalkan hujan, pengundi dinasihatkan merancang masa untuk keluar mengundi dan tidak keluar pada saat akhir terutama bagi yang mengundi di lokasi yang ditutup awal.
Dinasihatkan kepada orang ramai supaya bersedia dan bawalah kelengkapan secukupnya. Terutamanya bagi golongan warga emas, OKU, ibu mengandung. seperti air kosong, payung, dan sebagainya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Jalankan tanggungjawab anda. Mengundilah dengan bijak.
Sumber: MalaysiaKini
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com