Benarkah kutipan tol akan dimansuhkan minggu hadapan? Pemansuhan ini terkandung dalam akur janji manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke -14, lalu.

tol

Keputusan itu diketahui umum selewat-lewatnya pada minggu hadapan. Menurut kenyataan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, perkara ini masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan segera seperti yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan pada PRU14 lalu.

tol

Sehingga kini, ahli majlis masih dan sedang meneliti serta mendengar penerangan daripada pelbagai pihak berkenaan pemansuhan kutipan tol, antaranya bersama pihak syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.

Oleh itu, keputusan dijangka akan diterima dalam waktu terdekat. Keputusan tersebut perlu dibawa kepada ahli majlis minggu hadapan. Selepas kemenangan lalu, pihak kerajaan dilihat sangat komited dalam mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat di negara ini.

BACA JUGA :   2 Pengundi Meninggal Dunia Ketika Beratur Menunggu Giliran

tol

Pemansuhan tol ini dilihat agak rumit sedikit dan syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham ketika ini masih dalam perbincangan kerana melibatkan jumlah pelaburan yang besar.

Dalam pada itu, pagi ini ringgit dibuka rendah berbanding dollar Amerika Syarikat (AS), disebabkan oleh kurangnya momentum belian ke atas nota tempatan, sebaliknya minat beralih kepada dolar, susulan pulangan Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.

Laporan menunjukkan bahawa pada pukul 9 pagi, hari ini unit tempatan disebut pada harga 3.9710/9750 berbanding 3.9670/9710 yang direkodkan pada penutupan semalam. Hal ini menyebabkan dolar AS dan pulangan Perbendaharaan AS yang mendadak terus menjejaskan nota tempatan.

tol

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia meningkat sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama tahun 2018 berbanding 5.6 peratus yang dicatatkan pada tempoh sama, tahun lalu.

BACA JUGA :   EXCO Kerajaan NS Dijangka Umum Pertengahan Minggu Hadapan

Namun anda tidak perlu risau kerana ringgit masih kukuh dan kekal berdaya tahan selepas PRU14 lalu.

Disamping itu, melalui pengumuman tentang pemansuhan tol ini amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan orang ramai diminta jangan mengeluarkan sebarang spekulasi mengenai pemansuhan tol ini dan tunggu sehingga diumumkan oleh Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here