Sumber foto : Reuters

Isu Utama

Pasukan tentera Myanmar telah menembak penduduk Rohingya yang melarikan diri dari kawasan utara Rakhine ke Bangladesh menggunakan mortar dan senjata api pada hari Sabtu lepas, dengan jumlah kematian semakin meningkat setakat hari ini.

Negeri Rakhine telah menjadi lubuk kebencian di antara agama yang ditujukan kepada kaum minoriti Muslim Rohignya, yang dianggap sebagai pendatang haram oleh kaum majoriti Myanmar yang beragama Buddha.

Sempadan Myanmar dan Bangladesh. Sumber foto : BBC

Keganasan sekali lagi tercetus di kawasan penempatan mereka sekaligus memaksa ribuan penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Walaubagaimanapun, pihak berkuasa di sempadan sana enggan membiarkan kebanyakan mereka masuk. Akibatnya, ribuan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak tersadai di sepanjang zon sempadan.

“Mereka telah menembak orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang berselindung di bukit berhampiran garis sifar,” kata ketua pasukan sempadan Bangladesh (BGB) Manzurul Hassan Khan.

Anggota polis bersenjata Myanmar sedang mengawal sempadan Rakhine. Sumber foto : BBC

Kaum Rohingya sememangnya dimusuhi oleh Myanmar dan juga tidak diundang di Bangladesh, yang telah menjadi tuan rumah kepada berpuluh-puluh ribu pelarian minoriti Islam yang hidup dalam keadaan serba kemiskinan.

Ribuan penduduk Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.

 

Mengapa Penduduk Rohingya Melarikan Diri

Dalam keadaan terdesak, ramai penduduk  Rohingya telah berpindah pada hari Jumaat dan tersadai di sempadan kedua-dua negara. Mereka tiada pilihan, sama ada lari merentasi sempadan untuk menyelamatkan diri ataupun pulang ke kampung-kampung yang sedang berlaku ketegangan di antara pasukan tentera Myanmar dengan militan Rohingya.

BACA JUGA :   Israel Terus Bekalkan Senjata Kepada Myanmar Untuk Hapuskan Muslim Rohingya ?

Ada juga ratusan di antara mereka yang berjaya merentasi sempadan pada awal Sabtu apabila rondaan di sempadan diredakan kerana hujan lebat. Mereka terpaksa berenang menyeberangi Sungai Naf yang memisahkan kedua-dua negara tersebut.

Sebilangan kecil penduduk Rohingya yang berjaya merentasi sempadan memasuki Bangladesh. Sumber foto : Saudi Gazette

Keganasan bermula awal pada hari Jumaat berikutan sejumlah militan daripada Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), menyerang hendap beberapa pondok polis Myanmar.

Pertarungan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 militan Rohingya serta berpuluh-puluh anggota keselamatan Myanmar terbunuh, menurut angka yang dikeluarkan oleh pejabat ketua de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi. Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi dalam masa sehari sejak angkatan  ARSA ditubuhkan sejak tahun lalu.

Tentera Myanmar sedang mengawal kawasan kampun daripada serangan militan ARSA. Sumber foto : Reuters

ARSA berkata tindakan mereka itu adalah untuk mempertahankan penduduk Rohingya daripada ditindas oleh tentera Myanmar dan masyarakat Buddha yang seringkali mengusir mereka.

Sami-sami Buddha mengadakan protes yang menghalang campur tangan PBB dan NGO ke atas isu Rohingya. Sumber foto : The Independent

 

Bila Keganasan Ini Berlaku

Serangan keganasan dilaporkan tercetus sehari selepas satu suruhanjaya yang diketuai oleh bekas ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) , Kofi Annan membentangkan laporan kepada kerajaan Myanmar yang menyeru supaya keganasan di Rakhine dihentikan dan pembangunan di kawasan tersebut ditambah.

Laporan itu juga mendesak kerajaan Myanmar mencari jalan untuk memberikan kewarganegaraan kepada kira-kira sejuta penduduk minoriti Rohingya dan memudahkan sekatan yang menggangu urusan kerja dan perjalanan.

BACA JUGA :   Imam Ini Saksikan Sendiri Isteri, Anak Ditembak Kejam Tentera Myanmar

Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Dalam satu kenyataan, ARSA juga menuduh tentera Myanmar telah membunuh ramai rakyat Rohingya, merompak serta melakukan keganasan seksual di  kawasan Rathedaung dan Maungdaw sejak beberapa minggu kebelakangan ini bagi menggagalkan laporan suruhanjaya Kofi Annan.

 

Respon Daripada PBB

PBB percaya bahawa tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Myanmar itu mungkin telah membawa kepada pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.

Bekas Ketua PBB, Kofi Annan.

Annan mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan berkata ia menandakan satu “peningkatan yang membimbangkan dari segi keganasan”.

“Selepas bertahun-tahun hidup dalam keadaan tidak aman dan huru-hara, jelaslah bahawa keganasan bukanlah penyelesaian kepada situasi yang berlaku di Rakhine,” katanya.

Jumlah pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar. Sumber foto : Al Jazeera

Lebih daripada satu juta penduduk minoriti Rohingya tinggal di Rakhine, di mana mereka telah diseksa dan didiskriminasikan akibat konflik yang telah membunuh 160 nyawa pada tahun 2012 serta menyebabkan 120,000 penduduk lagi hidup dalam 67 kem pelarian.


Jom Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Sumber :

Khaleej Times 

Saudi Gazette

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here