Industri perniagaan sememangnya satu industri yang sengit. Pesaing-pesaing industri seringkali bersaing rapat dari segi marketing dan advertising bagi menarik ramai pelanggan untuk membeli produk mereka. Sebuah syarikat produk fesyen terkemuka dunia, Zara, turut tidak terkecuali.

Anehnya, Zara yang mempunyai lebih daripada 6,500 outlet di seluruh dunia itu tetap berjaya berkembang tanpa mengikut mengikut jejak langkah pesaing-pesaingnya yang lain.

Bagaimanakah Zara berjaya mencapai kejayaan dan populariti yang gah tanpa membelanjakan wang yang banyak untuk marketing dan advertising ? Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui apakah rahsia mereka.

 1. Meniru Adalah Satu Seni Dalam Bisnes

Banyak syarikat fesyen mencipta fesyen baru untuk prospek pelanggan mereka. Mereka meletakkan sasaran untuk menjadi trendsetter dalam industri fesyen. Banyak wang diperuntukkan kepada bahagian R&D. Sebaliknya, Zara menggunakan strategi yang sangat simple : iaitu meniru fesyen sedia ada.

Daripada mencipta fesyen baru, Zara hanya memerhatikan fesyen yang sedang hangat di pasaran lalu menghasilkan pakaian-pakaian dalam versi jenama mereka sendiri. Untuk menarik lebih ramai remaja dan pelanggan yang usia 20-an, syarikat ini melakukan penambahbaikan dengan mengeluarkan design-design baru untuk pakaian mereka setiap 2 minggu. Bijak bukan ?

BACA JUGA :   Pereka Fesyen Dunia Wasiatkan RM700 Juta Kepada Kucing

Adakah strategi ini berjaya ? Anda nilailah sendiri. Jumlah jualan keseluruhan mereka meningkat sebanyak 50 % dalam tempoh 5 tahun dan mencecah $ 17.5 bilion.

2.Sangat Menitikberatkan Feedback Daripada Pelanggan

Feedback daripada pelanggan dianggap sebagai satu perkara yang serius. Setiap komen sama ada positif ataupun negatif akan dilaporkan kepada HQ dan dibentangkan kepada team designer mereka. Hasil daripada feedback yang diterima akan dinilai dalam menambahbaik design yang seterusnya.

Di samping itu, pengurus di setiap outlet Zara juga dibayar gaji yang sangat mahal. Mereka kemudiannya dilatih untuk menjadi pakar dalam fesyen dan diajar untuk mengambil berat tentang komen-komen daripada pelanggan. Ini secara tidak langsung memberikan mereka idea yang bernas dalam memajukan jenama dan syarikat.

3. Zara Menggunakan Pendekatan Anti-Marketing

Ini yang menjadikan Zara unik; mereka hanya membelanjakan 0.3 % daripada hasil jualan untuk bajet pengiklanan di samping tidak banyak membuat pemasaran. Nampak macam pelik, bukan ? Kebiasaannya syarikat-syarikat dalam industri fesyen akan membelanjakan 3.5 % daripada hasil jualan untuk kos pemasaran, tetapi tidak bagi Zara.

Cuba anda lihat, iklan Zara tidak selalu dipamerkan di papan-papan iklan. Betul tak ? Ini kerana mereka ingin menunjukkan betapa ekslusifnya jenama mereka kepada pelanggan. Sekiranya seseorang itu membeli baju di Zara, besar kemungkinan lima atau enam orang rakannya tidak ada baju tersebut. Boleh dikatakan ini adalah ala-ala teknik reverse psychology yang digunakan. Para pelanggan akan berasa cool memakai baju daripada jenama yang jarang diiklankan.

BACA JUGA :   Beg tangan mini berharga ribuan ringgit !

4.Lokasi Memainkan Peranan Yang Penting

Meskipun tidak membelanjakan wang yang banyak untuk pemasaran dan pengiklanan, tetapi banyak wang dibelanjakan untuk mendapatkan lokasi dan perbelanjaan outlet. Zara kini mempunyai kira-kira 6,500 outlet di 88 buah negara seluruh dunia.

Prinsip utama Zara adalah memilih lokasi outlet di kawasan bandar metropolis yang berprestij. Sebab itu lah anda tidak akan jumpa outlet Zara di sebelah supermarket yang biasa tetapi anda akan selalu jumpa di kawasan berdekatan kedai-kedai fesyen berjenama mewah yang lain. Yang paling penting, Zara tetap menawarkan harga yang jauh lebih berpatutan kepada pelanggan mereka.

Konklusinya, anda dapat lihat strategi melawan arus ini ternyata berjaya buat Zara. Ini adalah bukti bahawa anda tidak perlu memperuntukkan wang  habis-habisan untuk pengiklanan. Sebaliknya, jenama anda boleh meningkat sekiranya elemen eksklusif diterapkan dan sentiasa menghasilkan produk baru.

Daulah.com

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here